Keperluan Wanita Mengandung Yang Tak Boleh Diabaikan

Bila dah disahkan hamil, ada banyak perkara yang perlu diambil perhatian sejak awal kehamilan hingga lah sampai tempoh bersalin. Dalam entri ini saya nak kongsi keperluan wanita mengandung yang perlu diambil berat samada oleh ibu sendiri mahupun suami supaya kehamilan sihat dapat dicapai

Penjagaan Awal Kehamilan

Bila dah comfirm hamil, ibu perlu buat checkup kandungan di klinik bagi memastikan samada kehamilan normal atau hamil luar rahim.

Di awal kehamilan, ibu masih terdedah kepada beberapa risiko seperti keguguran, kehamilan luar rahim, atau ectopic yang boleh membahayakan ibu.

Jika semuanya normal, ibu perlu menitikberatkan soal pengambilan nutrisi. Ada di antara wanita hamil yang melalui fasa-fasa mabuk, loya dan muntah yang berterusan sepanjang trimester pertama.

Namun, pembentukan sel janin dalam tempoh ini sangat pantas jadi ibu memerlukan nutrisi yang lengkap dan cukup untuk memenuhi perkembangan bayi dalam kandungan.

Dalam tempoh ini, peranan suami sangat penting. Suami perlu memantau keadaan isteri. Jika muntah yang teruk, perlu bawa ke klinik dan mengambil ubat kurangkan loya. Get ready kalau isteri dimasukkan ke hospital disebabkan dehidrasi. Dalam hal ini, suami kena la bagi support sebab emosi wanita hamil ni lebih sensitif.

Baca juga >> Tips Ibu Hamil Cergas Walau Alahan Teruk

Jangan biar emosi isteri banyak dalam keadaan sedih kerana ia akan mempengaruhi emosi bayi yang dikandung juga. JIka nak baby yang lahir jenis happy go lucky, cool .. emosi isteri ketika hamil pun kena begitu juga. Haa kat sini peranan suami sangat-sangat penting.

Elakkan melakukan kerja-kerja berat untuk mengelakkan keguguran sebab risiko keguguran adalalah lebih tinggi pada trimester pertama berbanding trimester kedua.

Nutrient Penting Ketika Hamil Elak Risiko Bayi Cacat

Pengambilan nutrisi yang cukup ketika hamil sangat penting bagi nak pastikan ibu dan bayi tu sihat tanpa masalah kesihatan yang boleh membawa kepada kecacatan atau risiko kematian.

Terdapat penemuan kajian yang menunjukkan malnutrisi (kekurangan atau berlebihan zat makanan) ketika hamil boleh meningkatkan risiko anak menghidapi penyakit tidak berjangkit pada masa akan datang

Nutrisi lengkap adalah keperluan wanita mengandung yang tak boleh diabaikan. Wanita mengandung wajib mengambil nutrisi yang lengkap

  • Asid folic
  • Vitamin d
  • Kalsium
  • Zat besi (iron)
  • Asid lemak omega 3

Apa risiko yang mungkin berlaku jika kekurangan nutrisi-nutrisi yang disebutkan ? Antaranya adalah

  • penyakit spina bifida pada bayi
  • anemia
  • risiko pre-eklampsia
  • badan lemah dan tulang lemah akibat kekurangan kalsium
  • diabetes mellitus kehamilan (GDM)
  • kelahiran pramatang

Bagaimana nutrisi-nutrisi ini memberi kesan kepada kandungan ibu dan juga bayi, saya akan kongsikan secara detail di next entry.

Follow saya di medsoc berikut:

FB : Nurul Aziyana

Instagram : N.Aziyana

Youtube Channel: Nurul Aziyana

Tiktok : n.aziyana

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge