|

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

Intermittent Fasting adalah kaedah diet jaman now yang sangat popular. Rata-rata pakat nak buat Intermittent Fasting, nak kurus, nak cantik dan banyak dikhabarkan kebaikan buat IF ni. Namun dalam dok syiok kita buat IF, rupanya kita tak sedar ada juga keburukan intermittent Fasting untuk badan kita ni. Sebelum ni yang indah-indah je kita dengar

Nak tahu apa Keburukan Intermittent Fasting dan bagaimana nak atasi keburukan tersebut? Follow entry ni sampai habis

Yang Indah-Indah Tentang Intermittent Fasting

Sebelum kita terkejut dengan keburukan yang terjadi bil abuta IF, kita tengok dulu apa yang indah tentang IF.

Antara yang paling teruja dan paling indah kita dengar selain dari kurus cantik segala bagai tu, satu kelebihan buat IF adalah sel badan kita melalui proses Autophagy. Pebende pulak Autophagy ni?

Apa dia Autophagy

Autophagy adalah proses semulajadi di mana sel-sel dalam badan anda membuang dan mengitar semula komponen yang rosak atau tidak berfungsi dengan baik. Kata “autophagy” berasal dari perkataan Yunani “auto“, yang bermaksud diri, dan “phagy“, yang bermaksud memakan.

Semasa autophagy, sel membentuk membran di sekeliling bahan yang rosak atau tidak diingini dan memecahkannya menjadi bahagian-bahagian yang boleh digunakan untuk membina molekul baru atau menghasilkan tenaga.

Proses autophagy boleh diinduksi oleh pelbagai faktor, termasuk kekurangan nutrien, senaman, dan beberapa jenis ubat. Selain itu, beberapa makanan dan corak pemakanan, seperti berpuasa dan diet rendah karbohidrat atau ketogenic, telah ditunjukkan dapat merangsang autophagy.

Autophagy memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan sel dan mencegah pengumpulan bahan berbahaya di dalam sel. Ia telah dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan fungsi imun, meningkatkan jangka hayat, dan perlindungan daripada penyakit tertentu, seperti kanser, Alzheimer, dan Parkinson.

Bagaimana IF boleh bagi kesan Autophagy Pada Sel

Terdapat kajian menunjukkan intermittent Fasting dapat mempromosikan autofagi. Begini caranya

  • Semasa berpuasa, bekalan tenaga badan menjadi berkurangan, menyebabkan perubahan dalam metabolisma sel. Secara khusus, penurunan paras glukosa dan insulin yang berlaku semasa berpuasa boleh mengaktifkan laluan isyarat yang menginduksi proses autofagi.
  • Selain itu, berpuasa juga boleh meningkatkan paras beberapa protein dan enzim yang terlibat dalam pengaturan autofagi, seperti kinase protein yang diaktifkan oleh AMP (AMPK) dan sirtuin 1 (SIRT1).

Sebab tu dalam Islam, disarankan untuk puasa Isnin Khamis sebab puasa ni bantu badan kita untuk capai Autophagy. Bulan Ramadhan tempoh terbaik untuk reset sel badan kita, bantu hapuskan yang tak elok dan diganti dengan sel yang baru. Syaratnya jangan lah waktu berbuka tu kita makan makanan yang tidak sihat, tinggi gula tinggi lemak. Baru lah kita akan betul-betul dapat manfaat kesihatan dari puasa.

Set Puasa Shaklee membantu untuk memastikan kita mengambil nutrient yang cukup dan seimbang.

Nutrient Yang Boleh Aktifkan Autophagy

Macam mana nak bantu untuk boostkan proses Autophagy? Ada 2 nutrisi penting iaitu

  • Polyphenols
  • Coq10

Ada beberapa mekanisme bagaimana kedua nutrisi ini boleh aktifkan proses Autophagy.

Mekanisme Polyphenols:

  • Salah satu cara utama polyfenol merangsang autophagy adalah melalui pengaktifan satu protein yang dipanggil AMP-activated protein kinase (AMPK). AMPK merupakan pengawal utama metabolisma tenaga sel dan dapat merangsang autophagy dengan secara langsung menfosforilasi beberapa protein yang terlibat dalam permulaan autophagy.
  • Cara lain polyfenol mengaktifkan autophagy adalah melalui penghalangan laluan mTOR. mTOR merupakan pengawal utama pertumbuhan dan proliferasi sel, dan penghalangannya dapat memicu autophagy. Polyfenol dapat menghalang mTOR dengan mengaktifkan protein penindas tumor, p53, yang pada gilirannya mengurangkan aktiviti mTOR dan mengaktifkan autophagy.
  • Selain daripada AMPK dan mTOR, polyfenol juga dapat mengaktifkan autophagy melalui pengubahsuaian pelbagai laluan isyarat lain, seperti laluan PI3K/Akt/mTOR dan laluan JNK. Polyfenol juga dapat merangsang autophagy dengan secara langsung mengarah pada protein berkaitan autophagy, seperti Beclin-1 dan LC3.
  • Secara keseluruhannya, pengaktifan autophagy oleh polyfenol boleh menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatan, termasuk kesan anti-penuaan, anti-radang, dan anti-kanser

Kat mana nak dapat sumber polyphenols yang powerful dan telah terbukti berkesan melalui kajian sains?

VIVIX Shaklee jawapannya. Di Malaysia, tiada product polyphenol yang powerful seperti VIVIX. Jadi beruntung lah kita boleh dapatkan VIVIX dengan mudah.

Mekanisme Coq10:

  • kajian telah mengesyorkan bahawa ia mungkin melibatkan pengaktifan beberapa laluan isyarat dalam sel. Salah satu laluan tersebut adalah laluan protein kinase bertenaga AMP (AMPK), yang diketahui memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme tenaga dan respons tekanan sel.
  • Kajian telah menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 boleh meningkatkan aktiviti AMPK, membawa kepada peningkatan autofagi. Ini mungkin berlaku melalui beberapa mekanisme, termasuk rangsangan biogenesis mitokondria, pengurangan tekanan oksidatif, dan modulasi ekspresi gen.
  • CoQ10 juga boleh menggalakkan autofagi dengan mengawal fungsi lisosom, organel sel yang bertanggungjawab untuk penguraian sampah sel. Kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 dapat meningkatkan aktiviti enzim lisosom, yang penting untuk penguraian autofagosome.
  • Kesimpulannya molekul coq10 ini mungkin memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan dan umur sel dengan memudahkan penguraian dan pengitar semula komponen sel yang rosak atau tidak berfungsi.

Boleh bac ajuga kajian tentang Coq10 DI SINI

Jadi kat mana nak dapatkan sumber coq10? Berita baik, brand Shaklee turut mengeluarkan product berasaskan coq10 yang dinamakan Coqtrol.

Kepekatan Coq10 yang tinggi iaitu 100mg dengan kombinasi 2mg resveratrol dan 5mg tokoferol sebagai antioksidan. Dilengkapi dengan sistem penyerapan minyak zaitun yang dipatenkan

Yang Tidak Indah Tentang Intermittent Fasting

Ok kita balik kepada topik utama, jauh perjalanan kita nak sampai kepada topik ni kan? HIHIHIHIH. Bukan apa, nak bagi faham secara menyeluruh tak boleh amik sekerat-sekerat je. Kalau nak tegur orang pun, digalakkan untuk kita puji dulu baru lah sebut apa yang tak kena kan?

Apa yang orang tak tahu tentang keburukan Intermittent Fasting?

Kehilangan Collagen Type 1

Kebanyakan mereka yang mengamalkan Intermittent Fasting adalah kulit jadi berkedut, menggeleber, kusam dan nampak lebih tua seolah-olah collagen pun hilang sekali dengan lemak. Hakikatnya bukan seolah-olah, tapi memang betul mereka kehilangan collagen.

Kenapa kehilangan Collagen? Sebab hasil dari proses Autophagy yang dibincangkan di atas. Collagen yang musnah adalah collagen Type 1 yang berfungsi untuk kesihatan kuku dan rambut. Sebab itu, kesan buat IF antaranya adalah rambut gugur. Tak best lah kan kurus dapat tapi effectnya nampak tua pulak. Kita nak kurus dalam masa yang sama tegang dan cantik, eceh. Jadi pastikan jika buat IF, support dengan protin shake, collagen dan vitamin C. Sebab ketiga-tiga nutrisi ni terlibat secara langsung dalam pembinaan collagen type 1.

Kehilangan Elektrolit dan Kekurangan Nutrisi

Kesan lain IF adalah kekurangan elektrolit dan menyebabkan badan mengalami dehidrasi. Kesan dehidrasi adalah pening kepala, lesu dan kekejangan otot. Juga boleh menyebabkan keletihan yang melampau. Selain itu nutrisi badan yang diperlukan setiap hari juga tidak dapat dipenuhi. Tambah-tambah kalau tak makan multivitamin untuk support.

Perubahan Emosi

Emosi tak stabil adalah kesan lain dari diet IF. Jarak tidak makan yang terlalu lama boleh mencetuskan perasaan marah dan stress. Jadi jangan amalkan IF dalam tempoh yang terlalu lama terutama bagi mereka yang baru nak bermula.

Gangguan Tidur atau Insomnia

Bila lapar hormon stress iaitu kortisol akan dirembeskan. Hormon ini akan beri kesan cemas dan tidak tenang jadi akan alami fasa susah nak tidur. Solusi terbaik untuk atasi rasa lapar boleh close eating window pengamal IF dengan minum ESP Shaklee.

Kesimpulannya, boleh sahaja untuk melakukan IF tapi haruslah pastikan yang badan tidak mengalami kekurangan-kekurangan yang disebutkan, Bila nak buat IF, support dengan nutrisi tambahan. Nak kurus dengan cantik dan sihat bukan nak kurus dengan nampak tua dan seperti orang sakit. Jadi pastikan kita tak pandang enteng bab-bab nutrisi penting ni.

Nak dapatkan produk Shaklee?

Boleh hubungi saya AZIYANA  012-9576172 (whatsapp) atau klik di link

https://wasap.my/60129576172/nakshaklee

Boleh beli product Shaklee di SINI juga

PENGEDAR DIPERLUKAN SEGERA !!!

Peluang bisnes untuk jana income tambahan. Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri

Hubungi saya AZIYANA  012-9576172 (whatsapp)  jika berminat menjadi pengedar di kawasan anda, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Pengedar Sah Shaklee : Nurul Aziyana (Shaklee ID 886587)

012-9576172 (whatsapp) http://jombizz.wasap.my

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge