| | | | |

Sakit Lutut Lepas Berlari : Cara Untuk Atasi

Sakit lutut berlaku lepas berlari? Kenapa ia berlaku? Apa yang menyebabkan lutut sakit selepas berlari. Dan bagaimana nak atasi masalah sakit lutut selepas berlari supaya kita boleh berlari dengan lebih selesa. Biasanya masalah sakit lutut dihadapi oleh warga emas dek kerana masalah penuaan, tapi sakit lutut juga boleh berlaku kepada mereka yang bersukan.

SEBAB SAKIT LUTUT SELEPAS BERLARI 

Selain dari masalah osteoporosis, Ada beberapa sebab yang dikenalpasti boleh menimbulkan maslaah sakit lutut selepas berlari

  • Overuse. Membengkok lutut dan melakukan banyak latihan tekanan tinggi boleh merengsakan tisu di dalam dan di sekitar lutut.
  • Kedudukan atau postur tubuh yang tidak betul semasa berlari, melompat atau aktivtiti sukan yang lain yang boleh memberi ketegangan kepada lutut
  • Akibat dari Iliotibial band syndrome (ITB Syndrome) – sindrom di mana rasa nyeri di bahagian lutut dan tulang paha. Kemungkinan keadaan tapak kaki yang rata atau perbezaan panjang antara kaki kiri dan kaki kanan boleh jadi penyebabnya
  • Chondromalacia patella, keadaan di mana tulang rawan di bawah lutut anda rosak
  • Melakukan aktiviti lebih berat dari biasa contoh menambah kelajuan larian, atau hentakan lebih kuat jug aboleh memberi kejutan kepada otot lutut.
  • Kecerderaan kepada cartilage lutut. Meniskus adalah rawan antara lutut, tulang rawan hyaline meliputi hujung femur dan tibia yang membentuk sendi lutut. Kecederaan Meniscal boleh disebabkan oleh trauma (seperti berputar atau jatuh) atau dari kemerosotan progresif selama bertahun-tahun. Hyaline rawan juga boleh haus dari masa ke masa dan menyebabkan tulang sendi lutut untuk bergerak antara satu sama lain

Adalah penting untuk melakukan regangan sebelum memulakan aktiviti senanam atau larian.

KECEDERAAN LUTUT YANG KERAP DIALAMI 

Luar dan dalam lutut kita ada beberapa ligamen penting yang dikategorikan sebagai penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik. Ligamen = tisu tegar yang berfungsi sebagai penstabil kepada sendi-sendi di dalam badan kita.

6 jenis ligamen yang dikategorikan sebagai penstabil lutut statik adalah

  • ligamen krusiat anterior/ depan (ACL)
  • ligamen krusiat posterior (PCL)
  • ligamen kolateral lateral (LCL)
  • ligamen kolateral medial/tengah (MCL)
  • kompleks lateral posterior (PLC)
  • meniskus lateral dan medial

Penstabil lutut dinamik adalah otot-otot yang terdapat di sekeliling lutut yang turut berfungsi sebagai penstabil lutut.

Kecederaan lutut yang biasa dialami selepas latihan sukan adalah melibatkan ligamen ACL. Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar, ACL merupakan salah satu ligamen yang terdapat di dalam sendi lutut setiap individu. Fungsi ACL adalah menstabilkan lutut untuk mendaki bukit atau menaiki tangga dan menjadi penstabil untuk putaran lutut dan juga aktiviti larian mahupun pemain bola sepak menukar arah larian ketika berlari (cutting).

Kecerderaan ACL semasa berlari berlaku bila berhenti secara tiba-tiba dari larian yang laju atau menukar arah secara tiba-tiba atau gelecek dengan kuat. perempuan adalah lebih berisiko untuk mendapat kecederaan ACL berbanding lelaki kerana perbezaan bentuk dan anatomi tulang dan sendi wanita.

TANDA-TANDA BERLAKU KECEDERAAN LUTUT AKIBAT ACL 

Jika ACL terputus apa yang akan berlaku adalah

  • Kedengaran bunyi ‘popÂ’ dari lutut yang berkenaan.
  • akan terasa kesakitan yang amat sangat
  • lutut akan membengkak dengan agak mendadak.

CARA RAWAT SAKIT LUTUT ATAU KECEDERAAN ACL

Jika berlaku ACL terputus perlukan rawatan segera dari hospital berkemugkinan melalui pembedahan. ACL perlu dirawat dan tidak boleh dibiarkan sembuh sendiri kerana

  1. Bendalir sinovial di dalam lutut yang sentiasa mengalir di dalam lutut akan menyebabkan sel-sel penyembuh dialirkan keluar dari kawasan terputusnya ACL tersebut dan ini menghalang penyembuhan ACL
  2. Keadaan ACL yang terkoyak atau terputus selalunya berada pada jarak yang jauh antara satu sama lain dan ini menyukarkan penyambungan semula jadi ligamen ACL tersebut
  3. ACL yang putus/koyak akan berada di luar selaput sinoviumnya dan ini menyukarkan pemulihan secara semula jadi.

Selepas rawatan yang dibaut melalui pembedahan, pesakit boleh mengambil nutrisi tambahan yang penting untuk mempercepatkan proses pemulihan terutama penghasilan tisu-tisu penghubung yang baru

Baca juga : Rawat Sakit Lutut Warga Emas Tanpa Injection 

Antara nutrisi tambahan yang boleh diambil adalah

ESP – sumber protin dari non gmo soy yang membantu untuk menghasilkan sel-sel baru seterusnya tisu-tisu lama yang koyak akan diganti. Soya kaya dengan isoflavon, iaitu hormon tumbuhan yang mempunyai  sifat anti-radang. Keradangan boleh melambatkan penyembuhan. Protein adalah blok bangunan yang penting untuk kebanyakan tisu di dalam badan, termasuk otot.

rawat_lutut_cedera

Omega guard bersifat anti radang, membantu menurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan, ia juga mengurangkan kesakitan dan bengkak, bertindak sebagai pelincir sendiumpama seperti pelincir cecai sinovial. Ada kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 mungkin menghalang bukan sahaja bahan kimia yang menyebabkan keradangan dalam osteoarthritis tetapi juga protein yang diketahui memakai rawan lutut.

Di samping itu, beberapa kajian melaporkan bahawa suplemen omega-3 dapat membantu meningkatkan penghasilan protein otot, mengurangkan kehilangan otot

vitamin_atasi_bengkak_lutut

Ostematrix – terdiri daripada gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia menguatkan tulang dan mengelakkan osteoporosis terutama di kalangan wanita. Kalsium adalah komponen penting tulang dan gigi. Ia juga terlibat dalam kontraksi otot dan isyarat saraf. Vitamin D juga berfungsi sebagai fungsi yang sama penting kerana ia membantu badan menyerap kalsium yang terdapat dalam makanan yang anda makan. Bersama dengan kalsium, ia memainkan peranan penting dalam pulih dari kecederaan tulang.

Kajian mendapati vitamin D yang baik dapat meningkatkan pemulihan kekuatan selepas pembedahan ligamentum anterior cruciate (ACL) – (sumber kajian)

rawat_kecederaan_acl

Vitamin C – menguatkan sistem imun dan membantu dalam penghasilan tulang rawan, menguatkan perlekatan otot kepada tulang. ia juga membantu untuk merawat luka lebih cepat. Vitamin C juga melindungi struktur sendi dan sokongan lutut. Vitamin C membantu badan anda menghasilkan kolagen, yang membantu mengekalkan integriti tulang, otot, kulit dan tendon anda

rawat_sakit_lutut

MACAM MANA NAK DAPATKAN VITAMIN UNTUK CEPATKAN PENYEMBUHAN SAKIT LUTUT?

Nak cepat sembuh dan boleh bergerak? Ikhtiar dengan vitamin ini. Boleh menghubungi kak Yana  di talian berikut,

011-11548031 (whatsapp) atau klik je link di bawah

http://aziyanashaklee.wasap.my 

COD: Kuantan, Indera Mahkota, Permatang Badak, Kampung Padang

Atau boleh terus buat pembelian di laman esell Shaklee dengan klik button di bawah

Setiap pembelian dengan Kak Yana layak menerima
  • Konsultasi Percuma Secara Berterusan
  • Jadual pengambilan vitamin yang berkesan
  • Tips Kesihatan Exclusive

BERMINAT UNTUK JANA PENDAPATAN DENGAN TEAM KAMI?

Peluang bisnes untuk jana income tambahan. Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya AZIYANA  011-11548031 (whatsapp)  jika berminat menjadi pengedar di kawasan anda, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Pengedar Sah Shaklee : Nurul Aziyana (Shaklee ID 886587)

011-11548031 (whatsapp) http://aziyanashaklee.wasap.my

ummi.anayiza@gmail.com (e-mail)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge