| | |

Kepentingan Vitamin C Untuk Elak Sakit Jantung

Kepentingan Vitamin C | Dalam konteks nak jaga kesihatan jantung, selalunya dikaitkan dengan pengambilan nutrien penting seperti omega-3, serat, atau antioksidan dalam konteks menjaga kesihatan jantung seperti Coq10. Tapi, ada satu nutrien yang sering kita lupa iaitu vitamin C. Kita mungkin anggap vitamin C untuk kuatkan imun atau solusi untuk atasi selsema, tetapi tahukah anda bahawa vitamin C juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan jantung?

Dalam entry kali ni saya nak kongsi macam mana peranan Vitamin C untuk jantung sihat.

Penyakit Jantung Di Malaysia Membimbangkan

Menurut statistik, 17 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit jantung iskemik (atau arteri koronari) iaitu satu kategori penyakit jantung yang paling biasa berlaku [sumber].

Statistik ini menunjukkan kumpulan umur yang mengalami sakit jantung bukan disumbangkan oleh golongan warga emas sahaja namun peratusan lebih tinggi mereka yang berumur 41 tahun ke atas. Ianya membimbangkan. Mungkin anda yang sedang membaca ini juga salah seorang yang berisiko tinggi.

Vitamin C Sebagai Pemusnah Radikal Bebas

Salah satu peran utama vitamin C adalah sebagai antioksidan yang kuat. Ini bermaksud vitamin C membantu melindungi sel-sel tubuh kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Radikal bebas adalah molekul yang tidak stabil yang boleh rosakkan sel-sel dalam jantung dan arteri, meningkatkan risiko penyakit jantung.

Oleh itu, dengan ambil cukup vitamin C dalam diet kita, dapat membantu melindungi jantung dari kerosakan.

Penelitian terbaru menunjukkan pengambilan vitamin C yang cukup dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung. Ini boleh terjadi melalui beberapa mekanisme, salah satunya adalah kesan Vitamin C pada tekanan darah. Vitamin C dapat membantu melebarkan pembuluh darah, yang dapat membantu menurunkan tekanan darah iaitu faktor risiko utama penyakit jantung.

Baca juga >> Vitamin C Kenapa Wajib Makan

Vitamin C Sebagai Anti Radang dan Menurunkan Kolesterol

Vitamin C juga memiliki sifat anti-radang, yang dapat membantu mengurangi keradangan dalam arteri. Ini penting kerana keradangan arteri dapat menyebabkan pengerasan arteri (aterosklerosis). Kesannya risiko serangan jantung.

Selain itu, beberapa penelitian menunjukkan bahawa vitamin C dapat membantu meningkatkan profil lipid, termasuk menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

Sumber Vitamin C Harian Yang Cukup

Pengambilan Vitamin C boleh didapati melalui diet harian. Namun untuk pastikan sumber vitamin c yang cukup setiap hari, anda perlu ambil paling kurang 7 biji oren setiap hari atau 6 cawan borkoli. Ianya bersamaan dengan 500mg vitamin C. Mampu kah untuk telan sebanyak itu?

Jadi solusi terbaik adalah dengan pengambilan vitamin C dalam bentuk supplement. Kelebihan vitamin C ni ianya adalah vitamin larut air, Bermakna jika lebih ianya akan disingkirkan melalui urin.

Supplement Vitamin C terbaik seharusnya bersumberkan bahan semulajadi, bukannya sintetik. Vitamin C jenama Shaklee adalah contoh terbaik vitamin c dari sumber semulajadi.

Bagi mengelakkan pembaziran vitamin C, Vitamin C shaklee diformulasikan menggunakan teknologi Sustain Released di mana pelepasannya adalah secara berperingkat jam demi jam selama 5 jam untuk elakkan pembaziran. Ditambah pula denganBioflavanoid untuk membantu menginkatkan penyerapan dalam badan.

Baca juga >> 5 Kelebihan Vitamin C Shaklee Yang Tiada Pada Jenama Lain

Bagaimana Nak Order Vitamin C ?

Pada yang nak dapatkan Vitamin C berkualiti tinggi, lengkap dengan kajian dan ujian, dari sumber semulajadi boleh hubungi Kak Yana di 012-9576172 atau klik je link ni wasap.my/60129576172/vitaminc_blog

COD Area:

Bandar Kuantan | Indera Mahkota | Semambu | Kotasas | Bukit Rangin

Pengedar Shaklee Kuantan : Aziyana (0129576172)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge