Cara Atasi Gangguan Ketika Kerja Dari Rumah
Sebut pasal kerja dari rumah, sekali imbas macam seronok kan? Dambaan ramai para isteri terutama yang bergelar ibu. Tapi hakikatnya, kerja dari rumah ni ada banyak gangguan. Haa macam mana cara nak atasi gangguan ketika kerja dari rumah?
Entri kali ni saya akan kongsi tips ni.
Seronok Ke Kerja dari Rumah?
Mau tak seronok! Sebab semacam kita ada sedikit kebebasan, pagi-pagi tak payah berkejaran ke pejabat sebab nak punch card on time, tak payah nak hadap je, boleh jimat duit minyak dan tol, tak payah nak fikir nak pakai baju apa.
Pendek kata kita rasa macam ada freedom tak terlalu terikat. Itu kalau yang kerja di pejabat. kalau bekerja sendiri dari rumah contoh buat bisnes sendiri, tetap juga kena ada displinnya.
Namun…
Keseronokan ni pun tetap ada cabarannya. Cabaran yang bekerja di rumah adalah gangguan-gangguan di rumah yang mungkin akan buat kita lari fokus dalam bekerja atau berniaga. Contohnya,
- Gangguan dari ahli keluarga – pasangan atau anak mungkin tidak sepenuhnya faham yang kita sedang bekerja walaupun di rumah. Jadi kemungkinan untuk mereka nak mintak kita buat itu buat ini tu tetap ada, ini memang boleh buat kita lari fokus.
- Gangguan suasana rumah – contoh anak-anak yang bising bermain, menangis, bunyi televisyen atau jiran-jiran yang bising boleh buat kita hilang konsentrasi.
- Kurang interaksi sosial dengan rakan sekerja – hal ini boleh mempengaruhi motivasi untuk bekerja juga.
- Sukar nak bezakan antara waktu kerja dan waktu peribadi. Kadang-kadang lebih banyak waktu peribadi daripada waktu bekerja sebab memikirkan bos tak ada, tiada siapa yang pantau tambah-tambah kalau sendiri yang jadi bos.
Tips Praktikal Untuk Atasi Gangguan Semasa Kerja Dari Rumah
Ada beberapa tips yang boleh dibuat:
- Sediakan Ruang Kerja Khas – Pilihlah satu ruang yang nyaman dan tenang untuk menjadi zon kerja anda. Pastikan ia terpisah daripada zon rehat atau keluarga. Hias ruang kerja dengan elemen yang memberi inspirasi, seperti gambar-gambar atau tumbuhan hijau yang menyegarkan. Pastikan peralatan kerja seperti komputer, meja, dan kerusi ergonomik agar keselesaan kerja terjamin. Kita mungkin boleh beritahu pasangan atau anak yang kita sedang kerja jika masuk dalam ruang ini, dan berharap tidak diganggu.
- Tetapkan Jadual Kerja yang Teratur – Tetapkan jadual kerja harian yang jelas dan patuhi ia seperti kerja di pejabat. Berikan masa untuk rehat dan waktu istirahat yang cukup. Jangan terlalu larut dengan kerja sehingga mengabaikan keperluan diri dan kesihatan.
- Sediakan Batasan Antara Waktu Kerja dan Waktu Peribadi – Jangan biarkan kerja merampas masa untuk berkualiti bersama keluarga atau menjalani aktiviti rekreasi. Pastikan semua anggota keluarga faham dan menghormati waktu kerja anda.
- Hilangkan Gangguan dan Buat Perancangan – Matikan notifikasi telefon pintar atau aplikasi media sosial yang boleh mengganggu konsentrasi kerja anda. Buat senarai tugasan dan utamakan mana yang lebih penting supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan setiap hari.
- Tetap menjaga kesihatan – Ambil masa untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan atau berjalan-jalan di sekitar rumah untuk meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal anda. Jangan lupakan keperluan tidur yang mencukupi dan pemakanan yang seimbang.
Idea Bisnes Kerja Dari Rumah
Mungkin masa covid 19 dulu, kita semua ramai yang kerja dari rumah. Sekarang dah takde. Jadi mungkin tinggal mereka yang buat bisnes fulltime, berniaga dari rumah. Berniaga pun dikira bekerja juga kan?
Bagi mereka yang sedang mencari-cari sumber pendapatan tapi tidak mahu bekerja di pejabat, nak kerja dari rumah sahaja dengan buat bisnes, anda boleh cuba untuk menjalankan bisnes Shaklee.
Saya sendiri menceburkan diri dalam bisnes ini sudah hampir 11 tahun. Alhamdulillah bisnes yang kukuh dan memberikan pendapatan yang lumayan beserta dengan reward yang menarik. walaupun saya masih bekerja 8-5 tetapi ianya jenis bisnes yang fleksible.
Jadi kalau nak buat secara fulltime, insyaaAllah hasilnya lumayan. Boleh hubungi saya untuk tahu bagaimana cara nak buat bisnes Shaklee ni dari rumah secara online sahaja. Klik link wasap.my/60129576172/nakbisnesdarirumah