Kata-Kata Motivasi Tentang Usaha
Bila usaha yang dilakukan seakan tidak nampak hasilnya, kita akan lebih mudah untuk rasa kecewa, geram, marah dan mungkin akan rasa malas untuk buat apa-apa. Nak bangkit, terasa payah sekali. Kak yana ada terbaca satu topik dalam buku 99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah tentang usaha. Ya, kata-kata motivasi tentang usaha memang banyak. Tapi tak banyak yang menyentuh tentang usaha kita di mata Allah.
Usaha Kerana Ingin Meraih Impian
Fitrah manusia ada banyak keinginan. Tambah bila zaman media sosial, kita banyak meneliti dan menelek kehidupan orang lain. Bila apa yang kita lihat ada kelebihan berbanding kita, maka akan timbul keinginan untuk memiliki apa yang ada pada orang lain.
Maka kita pun berusaha untuk jadi seperti mereka, memiliki apa yang mereka miliki.
Tidak salah pun, namun jangan berlebih-lebihan. Kejar lah ikut kemampuan masing-masing. Jangan kerana yang dikejar membuatkan kita sudah tidak seimbang kehidupan dunia dan akhirat, terlalu besar keinginan untuk mengumpul-ngumpul kekayaan sehingga terlupa mengumpul amal.
Usaha Di Mata Allah
Walaupun takdir kita telah tertulis, namun Allah suka pada mereka yang berusaha gigih dengan cara halal. Kita wajib ikhtiar untuk setiap impian yang kita nak. Dikatakan setiap keringat dari usaha kita ada aliran pahalanya. Malah Allah akan buka banyak peluang lain hasil usaha tidak jemu.
Namun jika rasa susahnya berusaha, ingat Nabi dan Rasul diuji dengan usaha yang jauh lebih sukar. Walaupun perit tapi kita masih beruntung kerana usaha kita bukan di tahap hingga diancam nyawa. Kita hanya berperang dengan nafsu kemalasan sendiri, mudah putus asa dan tidak mahu tanggung banyak cabaran dan kesusahan.
Jika difikirkan, tidak logik bagi kita untuk berkata ” takpelah, dah takdir aku macam ni”
Ada banyak kata-kata motivasi tentang usaha yang tidak jemu namun suka saya nak kongsi cerita sendiri. Sebagai seorang yang melakukan bisnes, proses Followup penting. malah itulah antara aktiviti utama bisnes saya sebagai pengedar produk Shaklee. Setiap kali followup, rejection memang lebih banyak dari penerimaan. Tapi Allah Maha Baik, walaupun orang yang kita followup reject, hanya blue tick diterima namun Allah akan hantar orang lain yang datang nak beli produk.
Jadi saya sangat, tidak akan pernah sia-sia pun setiap usaha.
Modal Utama Capai Impian
Surah Ali Imran ayat 200 ada menyebut:
Jelas dalam ayat ni Allah nyatakan untuk berjaya capai kemenangan, kena sabar dan bertaqwa. Sabar tiada batas, jika ada batasnya maka kita belum bersabar. Sama juga lah dengan usaha untuk raih impian, kita kena lalui usaha dengan sabar.
Sebenarnya kita boleh mencapai kepada tahap kejayaan jika kita tetap bersabar dengan rejection, ejekan, pandang rendah orang lain terhadap kita. Dalam dunia tiada yang mustahil untuk diraih jika Allah izinkan.
Kejayaan besar itu tiada satupun cara mudah untuk meraihnya. Semuanya ada jatuh bangun, ada kecewanya, ada sakitnya dan ada air mata yang mengiringi. Namun janji Allah pasti, setiap kesulitan ada kemudahan.
Langitkan Segala Doa
Pemilik segala yang ada di langit dan di bumi adlaah Allah SWT. jadi hanya padaNya sahaja lah fokus kita. Mintahlah semuanya dari Allah. Dan jangan putus asa saat doa kita belum dikabulkan. Kabulnya doa itu pasti akan datang tepat sesuai dengan keperluan kita, bukan keinginan kita. Allah lah yang paling memahami apa yang diri kita perlukan.
Teruskan semuanya.
Usaha. Doa. Sabar. Taqwa.
Baiki diri dengan taubat, mudah-mudahan jalan di depan akan terbentang luas untuk kita. Allah itu snagat dekat, kadang-kadang perbuatan buruk kita yang menjauhkan Allah dari kita. Banyakkan mengatur ibadah berbanding mempersoalkan kenapa usaha belum berhasil.
Semoga kata-kata motivasi ini bantu kalian untuk tetap teguh berusaha tanpa jemu. Lelah tidak mengapa jika kerana Allah kerana habuannya indah.
– Aziyana –