Cara Renew Membership Shaklee. Mudah Sangat!

Keahlian Shaklee dah expired? Nak renew membership Shaklee macam mana ya? Dalam entry kali ni saya nak kongsi macam mana cara nak renew keahlian Shaklee yang dah expired. Mudah sangat. Baca sampai habis ya.

Bagaimana Nak Tahu Keahlian Dah Expired?

Sekarang lebih mudah. Shaklee dah setkan keahlian kita tamat tempoh pada tarikh birthday kita. haa macam lesen memandu jugak lah, Jadi senang kita nak ingat. Senang nak renew membership Shaklee

Namun tempoh nak renew keahlian Shaklee ni bukan lah berakhir sebaik sahaja lepas tarikh birthday kita. Ada la diberi tempohnya, iaitu 3 bulan sebelum birthday kita tiba hingga 3 bulan selepas tarikh birthday. Lama kan?

Jadi jangan risau kot-kot kita terlupa masa birthday kita tu, masih ada masanya.

Bagaimana Nak Renew Keahlian Shaklee?

Mudah sangat!

Caranya hanyalah beli apa-apa product Shaklee tanpa ada minimum or maximum order di website Shaklee atau di Branch Shaklee menggunakan ID anda dan automatik keahlian Shaklee anda diaktifkan semula.

Anda boleh berhubung dengan upline untuk semakan ID jika terlupa.

Saya bagi contoh situasi.

Birthday Siti jatuh pada 23 Mac. Siti buat pembelian 1 botol Vitamin C pada tarikh 2 Feb. Jadi automatic keahlian Shaklee Siti yang bakal expired pada 23 Mac tersebut diperbaharui. Sebab Siti ada buat pembelian dalam tempoh 3 bulan sebelum birthday Siti tiba.

Bagaimana pula kalau terlupa juga lepas 6 bulan expired?

Dalam kes ini, keahlian akan keluar dari sistem dan boleh register semula sebagai ahli.

Kelebihan bila Renew Keahlian Shaklee

Bila anda renew keahlian Shaklee, anda akan dapat terus menikmati keistimewaan sebagai ahli

  1. Dapat diskaun harga

Apa sebenarnya manfaat yang boleh anda nikmati apabila anda meneruskan keahlian Shaklee anda? Well, ada banyak sebenarnya! Pertama sekali, Shaklee menawarkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi. Anda boleh terus memperoleh produk-produk ini dengan harga yang istimewa sebagai ahli Shaklee. Jadi, anda boleh menjaga kesihatan dan kecantikan diri anda dengan cara yang lebih menjimatkan.

Contoh Harga Ahli RM53, Harga bujan Ahli RM66.25 Jauh bezanya tu. mana lagi jimat? Tentu harga ahli.

2. Dapat nikmati ganjaran dari Shaklee

Selain daripada itu, Shaklee juga menyediakan program ganjaran yang hebat untuk ahli-ahli mereka. Anda akan memperoleh mata ganjaran setiap kali anda membeli produk Shaklee. Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk mendapatkan diskaun tambahan, produk percuma. Jadi, semakin lama anda meneruskan keahlian Shaklee, semakin banyak ganjaran yang anda boleh peroleh!

3. Dapat sertai komuniti sihat

Tetapi, manfaat yang paling penting daripada keahlian Shaklee adalah anda akan menjadi sebahagian daripada komuniti yang menyokong satu sama lain. Anda akan berpeluang untuk bergaul dengan ahli-ahli Shaklee lain, berkongsi tips kesihatan, dan membangunkan hubungan baru yang memberi inspirasi. Jadi, dengan memperbaharui keahlian anda, anda akan terus menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee yang menyokong dan memberi dorongan kepada anda.

4. Dapat jana income dengan bisnes Shaklee

Bila keahlian aktif, bila-bila masa sahaja anda boleh mulakan perniagaan Shaklee. Tak perlu bayar apa-apa kos tambahan, anda terus boleh berkongsi kebaikan product dengan keluarga, kawan-kawan dan rakan media sosial anda. Ada 3 reward jika membina bisnes bersama Shaklee. Cash bonus, car bonus dan juga trip melancong. Bisnes boleh dibuat secara part time atau full time.

Baca juga >> 8 Sebab Shaklee Supplement Terbaik di Malaysia

Jadi, jangan tunggu lagi! Jika keahlian Shaklee anda sudah tamat tempoh, belilah mana-mana produk Shaklee dan teruskan keahlian anda dengan mudah.

Pastikan anda memperbaharui keahlian Shaklee 3 bulan sebelum hari lahir anda tiba untuk menikmati kesemua manfaat yang ditawarkan. Jadilah sebahagian daripada komuniti Shaklee yang hebat dan teruslah mengamalkan gaya hidup sihat dengan bantuan produk-produk Shaklee yang berkualiti tinggi.

Jom bersama-sama kita terus berkongsi kebaikan Shaklee kepada lebih ramai orang!

Hubungi 012-9576172 (Yana) untuk tahu lebih lanjut tentang cara nak register semula keahlian Shaklee

Klik link wasap.my/60129576172/nakregisterShaklee

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge