rutin-skincare_pagi
| |

Rutin Skincare Pagi – Step By Step Cara Betul

Konsisten dengan rutin skincare pagi setiap hari adalah sangat penting sebab sepanjang hari kulit kita akan terdedah dengan pencemaran, sinar UV dan tekanan alam sekitar yang lain.

Untuk hasil terbaik dari rutin skincare pagi, ada beberapa perkara yang kena ditekankan

  • Pilih produk terbaik mengikut jenis kulit
  • Gunakan dalam urutan yang betul

AMALAN TERBAIK RUTIN PENJAGAAN KULIT WAKTU PAGI 

Pertama, mari kita amalkan beberapa amalan terbaik untuk rutin penjagaan kulit pagi

  • Pagi-pagi kita mesti macam rushing nak cepat siap kan? Jadi lepas cuci muka, kita hanya ada satu minit untuk pakai toner  sebelum penyejatan air berlaku.
  • Rutin skincare waktu pagi memang berbeza dengan waktu malam sebab keperluan kulit yang berbeza untuk dua keadaan tersebut. Hari siang adalah untuk perlindungan dan waktu malam adalah untuk pembaikan.
  • Fokus utama rutin pagi anda adalah “Bagaimanakah saya dapat memastikan kulit saya terlindung dari sinar UV cahaya matahari?”
  • Facial oil tak sesuai digunakan waktu pagi untuk elakkan dari mengganggu fungsi sunblock. Face oil dalam bentuk tulen boleh menghilangkan kesan sunblock

FUNGSI KULIT BERUBAH DARI SIANG KE MALAM

Tahu tak, fungsi kulit kita berubah dari pagi hingga malam?

Pagi dan waktu siang:

  • Kandungan air dalam sel adalah yang paling tinggi
  • Fungsi halangan pelindung kulit meningkat untuk memberikan pertahanan dari tekanan alam sekitar
  • Product skincare akan dihalang dan kurang cenderung menembusi kulit berbanding pada waktu malam
  • Perlindungan antioksidan semula jadi kulit meningkat
  • Tenaga mitokondria yang diperlukan untuk kesihatan sel adalah paling rendah pada waktu pagi dan lewat petang
  • Pertumbuhan dan pengeluaran sel menurun
  • Perlindungan DNA meningkat

APA CARA BETUL UNTUK RUTIN SKINCARE WAKTU PAGI?

Langkah 1: Basuh dengan pencuci muka
Cuci muka adalah langkah utama untuk nak pastikan prestasi produk yang kita guna di siang hari.

Tapi, saya takde masalah kulit. Kulit saya licin. Perlu ke cuci muka juga?

Ya! Agar produk siang hari dapat berfungsi dengan cekap, terutamanya pelindung matahari yang merupakan produk penuaan pencegahan terbaik # 1 di planet ini. So kena cuci muka bersih-bersih.

Semasa kita tidur, kulit mengeluarkan sebum bersama-sama dengan product penjagaan malam yang mengandungi bahan-bahan yang tidak sesuai di siang hari seperti retinol.

Jadi ianya perlu dibersihan dari kulit untuk mengelakkan reaksi atau kerengsaan berlaku. Boleh elak jerawat.

Cadangan pencuci muka terbaik : Gunakan Luminious Gel Oil Cleanser yang sesuai untuk semua jenis kulit, mengandungi bahan aktif Muscodine grape, Vital Repair PLus, dan Exfoliating Algae Complex untuk singkirkan sel kulit mati.

Segera pergi ke langkah seterusnya. Jangan tunggu. Work faster.

Langkah 2: Gunakan toner bebas alkohol
Toner sangat penting untuk keperluan kulit kita dan besar manfaatnya. Ramai orang skip toner, kalau mereka tahu mesti takmo skip pakai toner

Kelebihan pakai toner adalah:

  • Toner memberikan pada kulit sebelum memakai serum atau pelembap.
  • Mengeluarkan klorin dan mineral pengeringan yang terdapat dalam air paip.
  • Baiki PH pada kulit.
  • Meningkatkan keberkesanan serum anda semasa digunakan pada waktu pagi dan pada waktu malam.
  • Menyokong sunblock semulajadi kulit

Sapukan seluruh muka dengan menggunakan kapas muka. kemudian tuangkan sedikit atas telapak tangan dan dap-dap kan di bawah. Biarkan lembap. Segera pergi ke langkah seterusnya.

Langkah 3: Lapiskan dengan serum 

Lapiskan dengan serum. Penggunaan serum adalah cara yang paling berkesan untuk melindungi sel-sel kulit anda dari kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh sinaran UV, pencemaran

Sapukan di seluruh muka. Oleh kerana toner tadi melembapkan kulit, jadi ia membantu penyebaran serum dengan lebih baik. Biarkan serum menyerap selama 60 saat sebelum menggunakan pelembap.

Cadangan serum : Youth Activating Serum yang mengandungi apple stem cell, Japonicus Encapsulated Vitamin A

rutin_skincare_pagi

Langkah 4: Sapukan pelembap yang mengandungi pelindung matahari

Langkah yang paling penting untuk rutin skincare siang hari terutama waktu pagi. Pakai pelembap yang ada pelindungi matahari. Walaupun kita tak keluar rumah, pelindung matahari ni penting. Di malaysia, tahap spf yang kita perlukan adalah spf 50. Penting untuk kita pakai krim siang yang ada sunblock untuk mengelakkan dari terjadinya kulit Jeragat. Baca juga : 5 Tips Smeulajadi Rawat Jeragat 

Cadangan krim siang ada pelindung UV : Age Defence Moisterizer SPF50

Langkah 5: Sapukan krim mata

Pilih eye cream yang tidak berminyak untuk elakkan dari bercampur dengan mascara atau eye liner.

Cadangan eye cream: YOUTH Eye Treatment. Mengnadungi peptide blend yang membantu untuk masalah eye bag dandark circle serta kedutan sekitar mata.

krim_mata

Langkah 6: Teruskan dengan pemakaian makeup 

Jika nak pakai foundation, pastikan sesuai dengan jenis kulit anda supaya tidak menyumbatkan liang pori dan mengganggu perlindungan krim sunblock yang dipakai.

Secara kesimpulannya,

Kalau anda lakukan turin skincare harian ni dengan betul dan teratur, anda akan dapat kesan yang terbaik untuk kulit. jangan skip mana-mana langkah yang dinyatakan di atas, baru lah kulit cun melecun segar bugar.

Baca juga

Rutin Skincare Orang Perancis, Tiru Mana Yang Bagus

Nak tahu lanjut tentang YOUTH SKINCARE untuk rutin penjagaan wajah siang dan malam boleh contact kak yana

012-9576172 (whatsapp) atau klik je link di bawah

http://aziyanaYOUTH.wasap.my 

COD: Kuantan, Indera Mahkota, Permatang Badak, Kampung Padang

Setiap pembelian dengan Kak Yana layak menerima
  • Konsultasi Percuma Secara Berterusan
  • Jadual penggunaan skincare yang berkesan
  • Tips Kecantikan Exclusive

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge