Bercerita tentang bekas jerawat yang susah nak hilang ni, kak yana ada ramai kenalan yang ada masalah yang sama.

Ada yang suka kulit naik jerawat?

Ofcoz takde.

Sebabnya, bila jerawat hilang dia lekat bekas jerawat pula.

 

Bekas jerawat bentuk parut berlubang tu, orang kata apa, macam kawah bulan? Pergghh sampai ke situ perumpamaannya. Ada lagi, macam kulit oren. Aihh macam-macam.

 

Ada juga yang lekat bekas jerawat jenis parut hitam. Hati ni paling geram ye dak. Elok je yang lain cerah, aihh kat situ dia tercongok terus hilang seri 1 muka.

 

saya dah cuba macam-macam dah kak nak hilang bekas jerawat ni, tapi takkkkk jugak hilang. Stress sampai rasa fedup

 

Haa ni salah satu luahan perasaan yang kak yana pernah terima. Kak faham jugak lah sebab kak pun pernah naik jerawat sibijik dua tapi yang sebijik dua tu lah jadi bekas jerawat parut hitam susah nak tanggal. jadi kalau banyak, memang stress la. Udah hari-hari kita ni tengok cermin kan, hari-hari la terpandang benda tu. eee menyampah!

 

APA PUNCA BEKAS JERAWAT SUSAH HILANG?

 

Kak yana ada buat research dari pembacaan banyak sumber. Sebenarnya untuk nak elak jerawat tu meninggalkan bekas jerawat atau parut yang hodoh macam bintik hitam atau parut berlubang, pertama sekali kena pandai treat jerawat di peringkat awal lagi.

 

Ye, jerawat tu normal. It comes and go. Macam touch n go.

 

Untuk dia go tanpa rosakkan kulit, kena tahu nak layan nicely sementara dia menyinggah kat kulit kita.

 

Parut jerawat paling kerap disebabkan oleh keradangan dari luka. Apabila pori yang meradang diisi dengan minyak yang berlebihan dan sel-sel kulit mati, ia membolehkan bakteria membiak.

 

Liang-liang ini kemudian membengkak, membentuk luka. Bila luka-luka ini pecah, bahan yang dijangkiti boleh tumpah ke permukaan kulit dan memusnahkan tisu kulit yang sihat.

 

Untuk repair kawasan ini, kulit mula membentuk serat kolagen baru. Jika penghasilan kolagen berlebihan, parut jenis raised scars akan berlaku. Sebaliknya kalau tak cukup kolagen, ice pick scar atau nama lain pitted scars pula akan berlaku. Rujuk gambar di bawah untuk beza keduanya

 

parut_jerawat_berlubang

Kebanyakan orang alami parut jenis pitted scars tu kan? Berlubang dan berlekuk. Apa maksudnya?

 

Pertama sekali, tak cukup penghasilan kolagen lah maksudnya. Ataupun sel-sel kulit kita ni tak aktif untuk menghasilkan kolagen. Lebih banyak yang tidur dari buat kerja. Tak cukup tenaga, memang lah tidur. Analoginya orang energetic mana ada banyak tidur, ye dak?

 

OK back to the topic which is treat acne nicely at the first place macam kak yana cakap tadi.

 

Actually, lagi tinggi keradangan, lagi besar bekas jerawat akan terhasil. Jadi punca kedua, keradangan.

 

Jerawat yang mengambil masa yang lama untuk sembuh juga meningkatkan kemungkinan parut. Blackheads, whiteheads, dan kekotoran yang tidak meradang biasanya tidak menyebabkan parut kerana jenis luka ini tidak mencederakan tisu kulit.

 

Jadi, nak elak keradangan ni paling utama jaga makan lah. Elakkkan makanan yang tinggi radang seperti gula putih. Dan makan lah vitamin anti radang. Ini yang paling mudah dan paling berkesan. Kak yana sarankan pengambilan Omega Guard. Omega guard ni sejenis omega 3, yang bersifat anti radang. Nak power lagi, VIVIX.

 

So bila kita elakkan puncanya at the 1st place, kita bukan je boleh elakkan bekas jerawat berlubang tu timbul dan menghodohkan wajah kita tapi kita juga elakkan habis duit beribu-ribu untuk buat treatment. Bijak.

 

Dan yang ketiga,

 

Anda dah buat silap besar iaitu picit jerawat sebabnya geram yakmat tengok jerawat tu kan?. Picit jerawat maknanya anda jemput bekas jerawat yang hodoh.

 

Mengikut pakar dermatology, kalau picit jerawat tu maknanya kita mengundang disaster. Anda sebenarnya sedang merobek kulit anda sendiri. Dan lagi teruk, anda tolak bakteria tu masuk ke dalam. Elok-elok je nak muncul ke luar kulit, lagi ditolaknya. Ini akan menambahkan keradangan. Ish ish ish.

Boleh imagine?

Jadi biar je jerawat tu pecah sendiri. Kuatkan hati ok 🙂

NAK PUDARKAN PARUT BEKAS JERAWAT

 

So kita dah tahu kan kenapa susah bekas jerawat nak hilang? Jadi kak yana nak tolong uolls yang ada masalah jerawat, jangan terlebih lebih sedih memikirkan masalah jerawat ni.

 

Ada cara penyelesaiannya. In fact kalau anda sekarang hadapi masalah parut bekas jerawat yang berlubang, still boleh dirawat tanpa laser. And yes, kak yana dah tolong bantu orang atasi masalah ni.

 

Perkara pertama please bare in mind, for whatever reason nutrition tu teramat penting untuk kulit kita kekal sihat dan bebas masalah. Kulit yang cukup nutrisi memang akan terserlah sihat. Lagi kalau kita jaga makan.

 

Jadi kak yana ada 2 cadangan kat sini.

First, fasa naik jerawat

Second, fasa jerawat dah hilang tapi ada bekas jerawat

 

Untuk fasa pertama, nutrisi yang amat perlu masa naik tu nak elak over keradangan pastikan ambil Omega Guard. Untuk luka kulit dalam, Zink Plus dan untuk nak kurangkan pembiakan bakteria Vitamin C Plus.

 

Paling kurang menten 3 jenis vitamin ni kaw-kaw. Maknanya konsisten jangan culas, jangan buat-buat lupa nak ambil. Inilah fasa treat jerawat nicely yang kak yana nyatakan awal entry ni. Kita control jangan kasik sampai jerawat tu over meradang.

 

Yang penting korang ingat formula ni lagi tinggi radang lagi besar parutnya.

vitamin_hilang_jerawat

Untuk fasa kedua, bila nasi dah jadi bubur. Eh, maksud kak yana bila dah ada parut jerawat yang berlubang tu. Nak buat lagu mana, benda dah jadi. Dulu tak tahu pun picit jerawat tu boleh bikin kawah kan. Uhuk. Nyesal tapi tiada guna orang kata.

 

Dont wurry. 

 

Penyelesaianya, bila parut berkawah ni u need collagen. So tambahkan collagen. Collagen terbaik, Collagen Powder. Kak yana sarankan ambil juga ESP untuk bantu penghasilan sel-sel baru. Collagen works best with protien.

 

Dari segi skincare, pakai lah YOUTH SKINCARE. Haaa inilah customer yang berjkaya kak yana tolong licinkan bekas jerawat berlubang beliau. Korang tengok hasil kat sini –> Skincare Hilang Parut Jerawat Berlubang

 

Sebenarnya ada banyak lagi la nak kongsi pasal masalah jerawat ni. Tapi di entry lain pulak lah. So follow je ya blog kak yana ni kalau nak tahu.

 

Untuk cadangan product-product yang kak yana suggest tadi, boleh contact kak yana direct macam mana nak dapatkannya. Kak yana berpengalaman lebih 6 tahun dengan product ni.

 

So memang ada passion yang tinggi untuk tolong those yang ada masalah jerawat ni in term of cara nak makan berkesan macam mana, tips-tips yang lain.

 

Nak contact kak yana? Boleh hubungi di no yang tertera

011-11548031 (whatsapp) atau klik je link di bawah

http://aziyanashaklee.wasap.my 

COD: Kuantan, Indera Mahkota, Permatang Badak, Kampung Padang

Setiap pembelian dengan Kak Yana layak menerima
  • Konsultasi Percuma Secara Berterusan
  • Jadual pengambilan vitamin yang berkesan
  • Tips Kesihatan Exclusive

BERMINAT UNTUK JANA PENDAPATAN DENGAN TEAM KAMI?

 

Peluang bisnes untuk jana income tambahan. Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya AZIYANA  011-11548031 (whatsapp)  jika berminat menjadi pengedar di kawasan anda, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Pengedar Sah Shaklee : Nurul Aziyana (Shaklee ID 886587)

011-11548031 (whatsapp) http://aziyanashaklee.wasap.my

ummi.anayiza@gmail.com (e-mail)

 

 

 

Jerawat, Blackhead dan Whitehead Hilang Dengan Kentang. Jom Follow Caranya
Kulit Breakout Teruk Gadis Ini Kongsi Cara Untuk Pulih