|

KENCING MANIS : Strategi Diet Untuk Kawal Gula

Bila mengidap kencing manis, perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah kawalan gula melalui amalan diet yang betul. pesakit kencing manis perlukan strategi diet tertentu untuk kawal gula dalam darah senormal yang boleh. Ini akan melambatkan komplikasi akibat kencing manis seperti yang telah diterangkan dalam entry sebelum ini.

GLISEMIK INDEK 

Diet terbaik untuk pesakit kencing manis adalah menggunakan terapi diet untuk bantu kekalkan paras gula senormal yang boleh. Diet tersebut termasuklah

  • Pengambilan lemak tepu, trans fat, kolestrol, garam dan gula yang rendah
  • Lebih banyak sayuran dan buahan yang segar yang kaya dengan nutrient, antioksidan dan phytochemicals
  • Jumlah daging yang sederhana

Masalah utama adalah karbohidrat kerana ia adalah bahagian makanan yang mempunyai impak terus terhadap paras gula dalama darah jika dibandingkan dengan lemak dan protin.

Ada kajian menghasilkan glisemik indek untuk menilai makanan karbohidrat dengan cara berapa cepat 50gm karbohidrat ditukar kepada glukos dan masuk dalam salur darah. Carta index glisemik seperti berikut

Index glisemik yang tinggi menunjukkan gula dalam darah meningkat dengan cepat. Biasnaya makanan yang melalui pemprosesan minima mempunyai index glisemik rendah. Pengetahuan tentang index glisemik pada makanan membantu pesakit diabetis terutama apabila merancang waktu makan dan rawatan untuk kekalkan paras gula darah.

MAKANAN TINGGI GI 

  • Pasta
  • Roti
  • Kentang
  • Semua makanan proses
  • Gula-gula
  • Cookies
  • Corn flakes, muesli, cereal segera
  • Pisang
  • Jus buah
  • Jagung
  • meehon
  • Beras pulut
  • kurma

MAKANAN SEDERHANA GI

  • cereal whole grain
  • biskut digestive
  • tosei
  • nasi lemak
  • kentang rebus

MAKANAN RENDAH GI 

  • Buah – ceri, anggur, grapefruit, pic, plum, apple, pear, orange
  • kacang soya, kacang pea
  • Asparagus, brokoli, seleri, kobis, lettuce, cendawan, bayam, tomato

Walaubagaimanapun, index glisemik bukanlah satu-satunya yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan makanan. Pesakit juga perlu mengambilkira tentang kalori, jenis-jenis lemak, fiber, garam, kandungan vitamin dan mineral dalam makanan karbohidrat.

Kesan glisemik boleh direndahkan dengan cara

  • Tidak mengambil karbohidrat secara berlebihan dalam satu masa setiap hari
  • Makan karbohidrat berkanji bersama-sama dengan protin tanpa lemak, fiber dan lemak untuk rendahkan penyerapan gula dalam darah
  • Makan sayur dan serat dalam bentuk keseluruhan. Nature made kabohidrat biasanya mempunyai GI yang rendah berbanding man made.
  • Pengambilan karbohidrat terancang sepanjang hari, seperti 3 hidangan berat dan 2 snek antara waktu makan akan membantu kawalan gula yang normal.

PEMILIHAN SERAT

Serat ada 2 jenis

  • Bentuk larut ( yang larut dalam air – ia membantu penyerapan nutrien )
  • Serat tak larut ( tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan – membantu mengelakkan sembelit ).

Untuk kawalan berat badan, pilih serat tak larut manakala untuk lambatkan penyerapan gula dan koesltrol ambil serat larut. Contoh makanan yang mengandungi serat :

PEMILIHAN LEMAK

Lemak ada 3 jenis

  • Lemak tepu
  • Lemak poli tak tepu
  • Lemak mono tak tepu

Lemak tepu boleh tingkatkan kolestrol dalam darah manakala lemak poli tak tepu (minyak bunga matahari, minyak soya dan minyak jagung) bertindak sebaliknya. Lemak mono tak tepu ( canola dan olive oil) boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

PEMILIHAN PROTIN 

Ambil protin seperti tofu, telur putih, ayam tanpa kulit, ikan yang kaya dengan omega 3 seperti salmon, tuna, protin tanpa lemak dan susu rendah lemak. Elakkan mengmabil daging merah, makanan pemproses yang tinggi perasa, pewarna dan preservative, makanan segera.

PENGAMBILAN VITAMIN DAN ZAT GALIAN 

Antara vitamin dan zat galian penting untuk pesakit kencing manis adalah

  • EPA dan DHA
  • GLA
  • VITAMIN E
  • VITAMIN C
  • BCOMPLEX
  • ZINK
  • CALCIUM MAGNESIUM
  • COQ10

Baca juga >>

KENCING MANIS : 6 Bahaya Gula Yang Tak Terkawal

Pengedar Sah Shaklee : Nurul Aziyana (Shaklee ID 886587)

011-11548031 (http://aziyanashaklee.wasap.my)

ummi.anayiza@gmail.com (e-mail)

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge