Vitamin Untuk Wanita Elak Burnout
Vitamin Untuk Wanita Elak Burnout | Wanita paling mudah nak burnout. Ia susah nak hilang sendiri dan mungkin boleh bagi kesan jangka panjang yang membawa kepada depression dan anxiety. Bila burnout, akan mudah untuk hilang rasa semangat, hilang produktiviti , rasa lesu dan paling menakutkan ia buat ibu yang cantik kelihatan serabai dan pemarah.
Tanda-tanda Wanita Cepat Burnout
Menurut Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah,
Tanda-tanda isteri sedang burnout ialah cepat marah atau meninggikan suara pada anak-anak. Walaupun hal yang berlaku adalah kesalahan kecil.
Anak sepahkan rumah.
Anak lupa nak siapkan kerja sekolah.
Anak diam je tak menyahut bila dipanggil.
Isteri terus hilang sabar.
Apabila dia dah mula tinggi suara tu, ketahuilah bukan anak yang bersalah tetapi mental dan emosinya yang tak dapat menampung kesabaran dalam melayan anak-anak.
Dia dah hilang motivasi dan rasa nak jauhkan diri dari orang.
Apa Kesan Burnout Berpanjangan
Tekanan yang berpanjangan boleh menyebabkan
- Hormon kacau bilau
- Sakit-sakit badan
- Tangki emosi kosong
- Semangat makin kendur
- Timbul penyakit yang berkaitan stress seperti gastrik
- Keradangan dalam badan meningkat
- Daya tahan tubuh merosot
- Keletihan dan kelesuan
- Hilang fokus
- Mudah murung dan sedih
- Kerap sakit kepala
- Penghadaman terganggu
6 Jenis Rehat Untuk Atasi Burnout
Menurut Dato dr Hj Fadzillah amsah lagi, untuk atasi burnout, ada 6 jenis rehat yang diperlukan.
1. Rehat dari segi fizikal
Kebiasaannya, kita cepat jadi burnout bila kurang tidur. Ada 2 jenis rehat dari segi fizikal iaitu pasif dan aktif.
Tidur 7 jam sehari.
Amalkan tidur sebentar (10-15 minit di waktu tengahari).
Aktif :
Sentiasa buat regangan otot. Pergi berurut. Gunakan kerusi ergonomic dan meja yang sesuai dengan ketinggian tubuh badan kita.
2. Rehat dari segi mental.
- Senaraikan perkara yang kita ingin buat (to-do lists).
- Sentiasa berpegang pada checklist apa yang ingin diselesaikan pada hari tersebut.
- Solat awal waktu.
3. Rehat dari segi sosial.
- Nilaikan setiap hubungan yang kamu ada dengan orang penting dalam hidup kamu.
- Luangkan masa dengan orang yang lebih banyak beri kamu tenaga, buat kamu ceria dan bersemangat.
- Hadkan masa kamu dengan orang yang selalu buat kamu hilang tenaga, semangat dan tak ceria.
4. Rehat dari segi penggunaan handphone.
- Letakkan handphone dalam mode senyap atau pilot mode.
- Letakkan handphone jauh dari tempat yang kamu mudah capai.
- Berehatlah dari scrol media sosial.
- Kurangkan video meeting.
- Jika susah nak berpisah dengan handphone, jadikan handphone kamu sebagai kekuatan dengan membuka alunan bacaan Al-Quran, Zikir atau bunyian alam.
5. Rehat dari segi emosi.
Luangkan masa dengan mereka yang kamu boleh jadi diri sendiri.
Biasanya kita jadi burnout sebab kita menahan dan memendam emosi. Kita tak boleh ekspresikan perasaan dengan baik. Akhir kata, kita jadi ‘fake’ depan orang.
6. Rehat dari segi memantapkan kreativiti.
Nikmati dan hargai keindahan alam di sekeliling.
Pergilah memanjat bukit, gunung, masuk ke hutan. Biarkan diri sibuk dengan menikmati alam sekeliling. Dari situ pasti akan timbul idea-idea baharu yang tak terjangkau selama ini.
Keperluan Vitamin Untuk Atasi Burnout
Vitamin ni bukan untuk elak burnout sahaja, tapi juga yang utamanya adalah untuk bantu stabilkan hormon, tambah tenaga dan bantu otak untuk fokus serta tanggani stress dengan lebih baik.
Sebagai wanita yang bekerja dan dalam masa yang sama berbisnes, menguruskan rumahtangga juga memang saya amat memahami kepenatan yang dialami. Jadi kita sangat-sangat perlukan sesuatu untuk bantu kita daripada mudah burnout terutama bila berada dalam situasi ini. Pada saya, vitamin sangat membantu terutama bab tenaga dan kawal stress.
Saya kongsi apa yang saya ambil, dan saya sangat recommend untuk wanita di luar ambil juga terutama yang dah masuk umur 30an.
Bila kita dah menua, sel kita juga akan menurun performance sebab sel dah kekurangan tenaga iaitu mitkondria dan coq10. Boleh baca penerangan detail tentang proses ini di entry saya DI SINI
#1 VITALIZE
Vitalize adalah multivitamin yang mengandungi 25 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari. Vitalize juga dilengkapi dengan asid folic yang tinggi jadi ibu-ibu hamil dan wanita yang kepenatan memang sangat sesuai ambil Vitalize.
Mereka yang kurang makan sayur dan buah, mudah stress dan penat, sibuk kerja, tak cukup berat badan, ibu hamil, menyusu dan berpantang, pelajar yang aktif serta dewasa yang bekerja sangat sesuai ambil multivitamin Vitalize.
#2 GLA COMPLEX
GLA COMPLEX adalah vitamin yang fokus kepada kestabilan hormon. Wanita adalah golongan yang selalu dikaitkan mempunyai masalah hormon tidak stabil. Contoh masalah kesihatan yang berlaku bila hormon tak stabil adalah masalah haid, cepat letih, mood swing, kebas tangan kaki, kulit kering, sukar tidur malam, cramp, susah turun berat, cyst dan fibroid dan banyak lagi.
#3 OMEGA GUARD
Omega guard adalah sumber omega 3. Keperluan omega 3 dalam diet harian sangat kritikal, terutama mereka yang mengalami penyakit keradangan seperti eczema, psoriasis, asthma.
Omega 3 ni penting untuk elak kulit kering, kalau nak kulit, kuku dan rambut cantik bersinar kena ambil Omega setiap hari. Fungsi antiradang pada omega juga boleh mengurangkan risiko penyakit yang paling ditakuti wanita iaitu kanser payudara. Omega boleh rendahkan risiko kanser ni.
IBu hamil yang ambil Omega semasa hamil boleh bantu atasi masalah GDM dan pre-eclampsia. tambah pula anak dalam kandungan kurang risiko nak dapat eczema dan asthma, malah lebih cerdik sebab dapat bekalan DHA dan EPA yang cukup.
Bagi wanita yang nak turun berat badan, omega 3 wajib ada dalam diet harian sebab Omega ni fungsinya untuk tingkatkan metabolisme badan, boleh bantu badan untuk pembakaran lemak yang lebih efisien.
Satu lagi yang kita selalu concern adalah tahap kolestrol darah. Berita baiknya, Omega ni boleh rendahkan kolestrol, dan boleh kurangkan risiko penyalit kardiovaskular.
Banyak betul kelebihan Omega, memang rugi sangat siapa yang tak amal.
#4 OSTENUTRIX
OSTENUTRIX adalah kapsul kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D serta beberapa mineral penting yang memberi kesan kepada kekuatan tulang otot dan saraf. Biasanya wanita yang paling banyak ada masalah lenguh badan. cramp otot, sakit saraf. Risiko osteoporosis juga sangat tinggi di kalangan wanita kerana wanita ni alami haid, melalui fasa hamil dan menyusu yang mana keperluan kalsium sangat tinggi pada temph-tempoh ini. Jika tidak ambil sebarang kalsium magnsium semasa proses ni, kehilangannya memang pasti berlaku.
Saya sangat suka makan Ostenutrix ni. BUkan sahaja lenguh badan hilang, tapi juga bantu tidur lena dan bantu pembuangan lancar setiap hari. Memang sedap badan terutama bila ada hari yang kita kena berjalan banyak dan sibuk beraktiviti luar.
#5 VIVIX
Vivix adalah sumber antioksidan dan antiaging yang powerful, backup by science. Disebabkan usia dah bertambah, keperluan antioksidan dan antiaging ni dah jadi keperluan bukan lagi kehendak. Sebab banyak masalah kesihatan bila aging ni berpunca dari sel-sel rosak dan kurang performance. Jadi antioksidan penting untuk protect sel kita dari dirosakkan radikal bebas.
Sel rosak – kita sakit.
Sel rosak juga buat kita cepat letih, lesu berpanjangan, emosi mudah berubah, metabolisme drop, hormon kacau bilau, organ dah kurang prestasi dan akan menimbulkan banyak masalah kesihatan.
Kita tak mahu perkara ni jadi sebab kita nak tingkatkan kualiti ibadah. Nikmat ibadah hanya boleh dirasa bila kita sihat. Nak pergi umrah dan haji baru seronok jika badan masih kuat dan bertenaga. Jadi wajib untuk bagi yang terbaik pada sel kita.
Lepas konsisten makan semua vitamin ni, saya bleh jamin anda akan rasa kelainan pada badan terutama dari segi tenaga, emosi dan juga kulit. paling obvious bab tenaga. saya tahu ramai mak-mak yang alami keletihan melampau , itu sebab mudah rasa burnout.
So girls, do something. Nourish your body. Sayang diri dulu sebelum sayang orang lain. Biar badan kita sihat, dapat nutrisi terbaik insyaaAllah akan bagi kesan pada emosi dan juga kesihatan mental kita. Once dah depression dan anxiety sangat-sangat susah nak rawat. jangan tinggal vitamin untuk wanita ni.
Macam Mana Nak Order Vitamin Wanita?
Boleh terus klik link di wasap.my/60129576172/vitamin_wanita
Follow saya di medsoc berikut:
FB : Nurul Aziyana
Instagram : N.Aziyana
Youtube Channel: Nurul Aziyana
Tiktok : n.aziyana
COD: Kuantan | Indera Mahkota | Semambu | Bukit Rangin
Join kami untuk tambah income dengan jadi Pengedar Shaklee. Yuran serendah RM35 sahaja.