| | | |

Nak Jantung Kuat? Makan Vitamin Ini

Kebelakangan ini, kita dapat berita ramai yang mati mengejut dek kerana serangan jantung. Bukan menimpa golongan warga emas sahaja, namun mereka yang dalam lingkungan lewat 30an pun dah ramai yang ada masalah jantung. Kalau ikutkan itu usia yang masih muda untuk ditimpa serangan jantung. Jadi macam mana nak jantung kuat?

Dalam entri ini saya kongsi Vitamin Khas untuk bagi jantung kuat dan sihat.

9 Fakta Berkait dengan Jantung Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum saya nak kongsi apa vitamin terbaik khas untuk jantung kuat dan sihat, meh kita tengok dulu fakta tentang jantung

  1. 50 kematian setiap hari disebabkan jantung iskemik. Penyakit jantung iskemik juga dikenali sebagai penyakit jantung koronari yang termasuk tetapi tidak terhad kepada masalah jantung yang disebabkan oleh arteri jantung yang sempit akibat plak atau bahan lemak. Sumber: Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia, 2021, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
  2. Penyakit jantung adalah pembunuh no 1 di malaysia
  3. Kira-kira 75% mangsa serangan jantung mati sebelum tiba di hospital
  4. Jenis penyakit jantung yang paling kerap dihidapi adalah penyempitan atau penyumbatan saluran darah disebabkan oleh pengumpulan lemak.
  5. Jumlah kematian akibat jantung adalah sebanyak 18515 (telah meningkat dari angka ini) dan dari angka ini 68.6% adalah lelaki manakala 31.4% adalah wanita
  6. 1 daripada 4 rakyat malaysia tidak menyedari mereka mempunyai masalah kolestrol tinggi.
  7. 69% daripada individu terkena serangan jantung buat pertama kali mempunyai tekanan darah tinggi
  8. 77% dari individu terkena strok buat pertama kali mempunyai tekanan darah tinggi.
  9. Makanan yang dimasak dengan minyak dan kolestrol yang banyak dikaitkan secara langsung dengan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Usia Muda Sudah Ada Masalah Jantung

Menurut Institut Jantung Negara Malaysia, jumlah kes penyakit kardiovaskular meningkat sebanyak 5% setiap tahun.

Kajian terbaru menunjukkan peningkatan kelaziman rakyat Malaysia menghidap penyakit jantung pada usia yang lebih muda berbanding sebelum ini.

Macam mana nak tahu berisiko hadapi penyakit jantung? Cuba cek

  1. Merokok
  2. Kurang bersenam
  3. Tekanan darah tinggi
  4. Hadapi kencing manis
  5. Berlebihan berat badan
  6. Kolestrol tinggi
  7. Tekanan/stress
  8. Sejarah keluarga

Jika anda mempunyai 2 atau lebih faktor risiko di atas, anda mungkin akan menghadapi isu kesihatan
berkaitan jantung pada masa hadapan.

Berita baik!

Sebanyak 80% penyakit jantung pramatang dan strok boleh dicegah!

Cara Nak Cegah Sakit Jantung

Lebihkan ini:

  • Tukar diet. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Buat pemeriksaan kesihatan berkala
  • Tidur yang cukup. Jangan lewat dari jam 11 malam
  • Kekal aktif

Kurangkan ini:

  • Pengambilan garam
  • Pengambilan gula
  • Pengambilan lemak
  • Tekanan/stress
  • Elakkan merokok

Vitamin Cegah Serangan Jantung

Masukkan nutrisi tambahan ini untuk support kekuatan jantung Sel di jantung sangat sensitif. saya ada kongsi mengenainya dalam entry INI, jemput baca ya

Ini adalah cadangan vitamin terbaik untuk kesihatan jantung yang boleh diambil.

Bagaimana Nak Order ?

Boleh klik link wasap.my/60129576172/vitamin_jantung

COD: Kuantan | Indera Mahkota | Semambu | Bukit Rangin

Post ke seluruh Malaysia

Pengedar Shaklee Kuantan

Join kami untuk tambah income dengan jadi Pengedar Shaklee. Yuran serendah RM35 sahaja.

Klik wasap.my/60129576172/nakjadipengedar

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge