Tips Elak Sakit dan Kekal Aktif Ketika Travel

Tips Elak Sakit ketika Travel | Jatuh sakit masa travel memang sesuatu yang kita semua taknak berlaku. Ye lah pergi travel, nak happy-happy kalau sakit bukan sahaja perancangan aktiviti terganggu tetapi juga boleh menelan kos yang tinggi terutamanya kalau sakit di negara orang.

Entry ni saya kongsi tips nak elak sakit dan kekal aktif ketika travel, baru lah boleh nikmati healing yang dirancang.

Kenapa kena sihat dan fit ketika travel?

Travel ni bukan boleh dibuat selalu. Kadang setahun sekali je. Kos pun bukan sikit-sikit. Kita dah kumpul duit banyak untuk spend time travel.

Jadi sebelum travel, persiapan untuk kekal sihat juga perlu. Ini juga salah satu tips travel yang perlu diambil peduli.

Cegah Sebelum Kena

Cegah sebelum kena adalah beberapa minggu sebelum nak travel, tingkatkan sistem imun badan dengan mengambil makanan dan vitamin kuat sistem imun dengan konsisten seperi Omega 3, Vitamin C 2 minggu sebelum travel. Saya akan ambil 2 vitamin ni dengan dos tertentu.

Rehat yang cukup juga perlu supaya badan dapat kekal cergas dan fit ketika travel nanti. Rehat yang cukup ni termasuklah menjaga waktu tidur.

Tips Ketika Travel

Semasa travel, boleh pertimbangkan beberapa tips ini

  1. Bawa hand sanitizer. Musim sekarang ada banyak potensi jangkitan virus atau bakteria especially bila kita di tempat yang ramai orang. Jika boleh kerap basuh tangan, itu sebaiknya. Namun jika ada kekangan air, hand sanitizer sebagai penyelamat.
  2. Minum banyak air untuk elak dehidrasi dan kelesuan.
  3. Jaga makan – jangan terlalu ghairah untuk mencuba semua makanan walaupun itulah peluang untuk cuba makanan negara orang. Perhatikan dari segi kebersihatan makanan dan tempat untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku. Nak tahu tips cari makanan halal boleh terjah blog kawan saya ni Tips Travel : 6 Tips Cari Makanan Halal
  4. Bawak bekalan ubat dan vitamin yang secukupnya seperti ubat demam, ubat cirit birit, ubat sakit kepala, sakit otot, ubat sembelit serta ubat sapu. Saya sendiri akan bawa bekalan vitamin secukupnya semasa travel.
  5. Bawak baju yang sesuai dengan iklim dan cuaca tempat travel. Jika cuaca sejuk, pastikan baju yang cukup untuk cover kesejukan, sebab ramai yang jatuh sakit disebabkan perubahan cuaca.

Vitamin Kuat Imun dan Beri Tenaga ketika Travel

Saya nak kongsi di sini antara bekalan vitamin yang saya wajib bawak jika travel. Alhamdulillah setiap tahun saya dapat reward dari Shaklee untuk free trip. Seperti tahun lepas , kami ke Swiss dan tahun ini pula akan ke US.

Jadi bekalan vitamin sangat penting untuk kekalkan kesihatan dan kecerdasan semasa travel.

Ini antara vitamin yang saya akan bawa

  • Nutriferon – fokus untuk kekuatan sel imun, Sel imun akan lebih aktif untuk perlindungan terhadap jangkitan
  • Omega Guard – antiradang terutama untuk pelihara kesihatan sendi
  • Resv – antioksidan dan antiradang. Boleh memberi tenaga segera dan protection terhadap sel
  • Ostenutrix – mengelakkan lenguh-lenguh badan ketika travel dan melancarkan pembuangan
  • CoqTrol – meningkatkan tenaga segera, mengelakkan keletihan terutama bila banyak berjalan.
Vitamin Cadangan Ketika travel

Pengambilan vitamin-vitamin snagat membantu saya untuk kekal fit dan sihat semasa travel. jadi kita boleh enjoy waktu travel kita dengan sebaiknya.

Hopefully tips ni boleh bantu anda yang plan nak travel nanti. Mudahan dipermudahkan segala urusan.

Nak dapatkan vitamin yang saya kongsi?

Boleh klik di link wasap.my/60129576172/vitaminTravel

OD: Kuantan | Indera Mahkota | Semambu | Bukit Rangin

Pengedar Shaklee Kuantan

Join kami untuk tambah income dengan jadi Pengedar Shaklee. Yuran serendah RM35 sahaja.

Klik wasap.my/60129576172/nakjadipengedar

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge