Vitamin Terbaik Untuk Sakit Saraf dan Sendi
Anda salah seorang penderita sakit saraf dan sendi? Entri ini akan berkongsi dengan anda vitamin terbaik untuk sakit saraf dan sendi.
Fungsi Sistem Saraf
Fungsi utama sistem saraf adalah untuk mengkoordinasikan dan mengawal atur seluruh aktiviti tubuh dengan cara menghantar impuls dari satu bahgian kepada bahagian yang lain. Nak berjalan, nak bercakap, nak menelan, berfikir, pendek kata semua kegiatan dikawal oleh sistem saraf.
Sistem saraf manusia terdiri daripada : –
- Otak (sistem saraf pusat)
- Sumsum tulang (sistem saraf pusat)
- Organ sensori seperti mata, telinga
- Semua saraf yang menghubungkan antara organ-organ
Sistem saraf bekerja dengan cara, mengambil info-info dari organ-organ, memproses info tersebut dan memberikan reaksi contohnya membuatkan otot kita bergerak atau sebarang tindakan refleks.
Punca Sakit Saraf
Antara punca sakit saraf atau sakit neuropati adalah kecederaan fizikal, kemalangan, kecederaan semasa bersukan, penyakit tertentu yang menyebabkan keradangan dan rasa sakit serta kebas, gangguan nutrisi, jangkitan , kesan pengambilan ubat-ubat tertentu, pengambilan alkohol serta strok.
Sakit saraf ni ditunjukkan oleh rasa sakit seperti berikut:
- Sakit seperti ditusuk jarum
- Rasa pijar atau panas
- Kesejukan
- Ibarat terkena renjatan
- Kebas
Jangan abaikan jika kerap terasa sakit seperti ini sebab jika lambat rawatan diberikan, ia boleh menimbulkan kemurungan, sukar tidur dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan yang mengganggu aktiviti harian terutama bagi mereka yang bekerja.
4 Vitamin Terbaik Untuk Pesakit Saraf
Ada 6 vitamin terbaik untuk membantu masalah sakit saraf
#1: BCOMPLEX
Bcomplex terdiri daripada 8 jenis vitamin B. Dari 8 jenis vitamin B ni, 3 darinya sangat penting untuk kesihatan saraf iaitu Vitamin B1, B6 dan B21. Rujuk kajian DI SINI untuk sokongan.
Vitamin B1 (thiamine) memainkan peranan penting sebagai koenzim dalam metabolisme karbohidrat, yang merupakan bekalan tenaga utama untuk gentian saraf.
Vitamin B6 (pyridoxine) adalah penting untuk metabolisme asid amino. Oleh itu, vitamin B6 menjamin metabolisme neurotransmitter (cth., GABA dan serotonin), yang sangat diperlukan untuk penghantaran isyarat dalam sistem saraf, dan dikaitkan dengan pembebasan glutamat.
B-12 juga penting untuk fungsi neurologi yang betul dan kekurangan B-12 sebenarnya boleh menyebabkan masalah sistem saraf.
#2: OMEGA GUARD
Omega Guard adalah sejenis minyak ikan bertaraf farmaseutikal. Fungsi Omega adalah sebagai antiradang dan boleh baiki saraf yang rosak. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa minyak ikan boleh melambatkan perkembangan neuropati dan menggalakkan pertumbuhan neuron
#3: VIVIX DAN RESV
Vivix dan ResV merupakan 2 produk yang kaya dengan Resveratrol dan Polyphenols. Kedua bahan ini mempunyai kebaikan yang snagat banyak untuk masalah keradangan saraf dan sendi. Terdapat kajian yang memberi kesan penyembuhan lebih baik selepas pengambilan Resveratrol. Boleh rujuk kajian DI SINI
Baca juga > Sakit Lutut Pulih dengan Vivix Shaklee
#4 OSTENUTRIX
Ostenutrix adalah gabungan kalsium, magnesium, dan vitamin D yang sangat membantu penyembuhan sistem saraf.
Magnesium penting untuk fungsi sistem saraf, menyokong cara sel saraf berkomunikasi antara satu sama lain untuk mencipta sensasi dan berhubung dengan otot untuk membolehkan pergerakan yang betul. Ada satu kajian, antara 1/4 dari semua orang yang alami sakit saraf jangka panjang yang berkaitan dengan pelbagai sebab. kekurangan magnesium boleh mewujudkan dan memburukkan lagi masalah berkaitan saraf termasuk beberapa keadaan perubatan yang menyakitkan.
Bagaimana Nak Dapatkan Vitamin Saraf?
Sakit saraf memang buat rasa tak selesa. Nak bergerak susah, ditambah rasa sakit lagi boleh buat emosi terganggu. Jangan tunggu dan hanya bertahan tapi dapatkan rawatan secepat mungkin. Pengambilan vitamin boleh membantu untuk atasi kesakitan dan mengurangkan keradangan dalam badan.
Boleh klik link wasap.my/60129576172/vitamin_saraf
OD: Kuantan | Indera Mahkota | Semambu | Bukit Rangin
Join kami untuk tambah income dengan jadi Pengedar Shaklee. Yuran serendah RM35 sahaja.