|

Tips Elak Penyakit Datang Tanpa Diundang

Nak elak penyakit datang tanpa diundang, satu yang kena ubah iaitu gaya hidup. Amalan gaya hidup sihat ni sentiasa diwar-warkan terutama oleh mereka yang memperjuangkan kesihatan. Mungkin juga sebab ramai sangat pengunjung dan penghuni hospital. Datang dengan sakit yang macam-macam, yang rata-rata salah satu punca adalah amalan gaya hidup dan gaya makan yang tak sihat.

Penyakit Asbab Tangan & Mulut Sendiri

Saya pernah terbaca ada satu posting di Fb tulisan Amalina Nudin dengan tajuk yang ditulis beliau Sebenarnya banyak penyakit muncul asbab Tangan & Mulut Kita Sendiri”

Saya share dalam entry ni hasil tulisan beliau.

Kita ni takkan amik port kalau kita tak diuji dengan masalah kesihatan. Hanya apabila kita dah mula ada kesakitan, kita akan jaga. Masa tu dah terlambat. Duit yang selama ni sayang nak guna untuk beli makanan atau supplement antioksidan dan antiradang, sekarang terpaksa dikeluarkan untuk kos rawatan. Tak cukup hospital, segala rawatan alternatif dicari. Beribu-ribu habis pun tiada masalah asalkan sihat. Waktu ini, emosi terganggu, badan dah tiada upaya menyesal pun dah tiada guna.

Macam mana awak boleh dapat kencing manis ni? Umur sama macam saya? Dah 2 Tahun?

Saya suka menemuramah pesakit sebegini, sebab nak tambah kesedaran pada diri.

ā€œRasanya masa saya kerja di Fast Food 2 Tahun lepas? Masa tu, hari-hari minum air gasā€¦ berbulan-bulanā€¦ā€

Sekarang lepas fikir balik, patutnya ada rakan sekerja saya masa tu kurus kering je, saya suspect masa tu sebenarnya mereka dah ada kencing manis juga.

ā€œYa, mungkin dia tak tahuā€¦ā€™

Macam mana awak tahu awak ada kencing manis?

ā€œPitam. Sampai di kecemasan, bacaan gula terlalu tinggi. Kena masuk wadā€¦ā€

Kakak Kedua.

Umur 33. Sc Actrapid 24 unit. Sc Insulatard 20 unit. 4 kali sehari kena cucuk.

ā€œKenapa agak-agaknya dapat kencing manis?ā€

1. Keturunan. Mak dan ayah ada kencing manis.

Yang kedua, suka minuman bersusu. Teh Tarik. Teh O Beng. Nescafe Beng. Hari-hari.

Yang ke 3.

Seorang pekerja hospital. 30 an.

ā€œEncik, kenapa kena kencing manis?

Banyak minum air gas. Kerja malam kadang-kadang nak berjaga, selalu minumā€¦ā€

Yang lain. Driver lori. Muda juga.

Minum air gas 2-3 botol semalaman untuk stay alert untuk memandu. Redbull. Nescafe. Dan sebagainya.

Kalau kita tanya pada mereka. Kalau boleh mereka nak undur balik masa. Tak nak dicucuk insulin. Tak nak mata kabur walau masih muda. Tak nak sakit-sakit dada. Tak nak hypo apabila terlebih cucuk insulin.

Andai bisa diundurkan masa. Mereka tak nak makan nasi banyak, tak nak hari-hari minum manis. Tak nak korbankan jantung, saraf, buah pinggang dan mata, hanya kerana sedapnya manisā€¦

Kita banyak berkerja kuat untuk menyara keluarga, dengan abaikan kesihatan.

Ramai yang walau baru 40 an, Sudah mula memberi bebanan pada keluarga. Perlu cuci darah, takde duit untuk rawatan dan sebagainya. Pesanan untuk diri sendiri. Semoga lebih berhati-hati.

Kuih banyak dan manis adalah racun. Nasi makan 3 kali sehari adalah racun. Gula putih, tepung putih dan nasi putih yang berlebihan adalah racun.

Isteri kalau betul sayangkan suami, Dia tak paksa suami dia menambah nasi dengan banyak. Dia pesan,

ā€œEhemā€¦. Banyak nampak makan nasi, dah boleh slow-slow stop tuā€¦.ā€

Atau masak cukup-cukup je, supaya takde peluang nak menambah banyak.

Kadang-kadang, kita kesian pada mentaliti orang dulu-dulu. Rasa jadi isteri solehah kalau bagi makan nasi banyak dan sedap pada suami, padahal, 30-40 tahun akan datang, isterilah yang menemani suami ke Jabatan Kecemasan, terkena strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggangā€¦.

Yang mana ā€˜masakan air tanganā€™ isteri tersayang sejak muda inilah boleh jadi penyumbang penyakit suami. (Dan, isterinya tiada penyakit, kerana dia kurang makan masakan sendiri). Tangan yang setiap hari buat air dan kuih manis untuk suami inilah, yang menghulur ubat Metformin atau tolong cucuk Insulin untuk suaminya, suatu hari nanti. Naudzubillah.

Hentikan kitaran, buncit itu tanda bahagia. Kalaulah kita tahu, ia bahagia sementara, ia adalah tanda insulin mulai resistance.

Pesanan :

Jom chek gula secara berkala. Tahap kolestrol juga. Buat medical check up fungsi hati dan buah pinggang. At least, tahu awal, boleh berjaga-jaga.

Kunci Sihat Sepanjang Hayat

Nak elak penyakit datang, ada 4 kunci yang utama yang perlu diikuti

  • Makan secara sihat (banyak ambil serta, buah dan sayur berbanding karbo). Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Amalkan puasa untuk rehatkan usus.
  • Tidak merokok. Rokok tingkatkan risiko 10x ganda untuk dapat lebih dari 40 jenis penyakit dan hampir semua tisu dan organ terjejas disebabkan rokok.
  • Buat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit sehari
  • Tangani stress. Stress boleh melemahkan sistem imun badan dan menyebabkan punca tidur tidak berkualiti yang beri kesan kepada badan.

Jadi sahabat, jom kita ubah gaya hidup kita selagi ada peluang dan masa, selagi kita belum sakit.

Lagi cepat kita ubah, lagi besar kesan kepada kesihatan kita. Yang untungnya, kita juga lah. Sekurang-kurangnya kalau kita tua, kita tak berada dalam keadaan amsalah kesihatan yang boleh menyusahkan orang sekeliling kita.

Kita boleh elak penyakit datang singgah pada diri kita.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge