Adab Ketika Mengunjungi Open House Hari Raya

Bila dah masuk bulan Syawal, ramai yang mula buat Open House, jemput kawan-kawan dan sedara mara datang menjamu di rumah. Open house dan rakyat Malaysia memang berpisah tiada. Jadi sebagai tetamu yang akan mengunjungi majlis hari raya open house ni, tentulah ada adabnya juga. Barulah tuan rumah happy sambut kehadiran kita. Jom tengok apa adab mengunjungi open house.

Ikut Masa yang Ditetapkan Tuan Rumah

Biasanya tuan rumah akan mention siap-siap tempoh open house. Jadi kita kena lah hormat tempoh yang diberikan. Mentang kita banyak jemputan, jangan lah buat suka hati je nak terjah rumah orang ikut waktu kita. Jika terlalu lewat dan tak sempat nak hadir, mohon maaf je dengan tuan rumah tak dapat hadir jemputan.

Jangan Melepak Terlalu Lama

Tetamu yang dijemput open house bukan kita seorang sahaja, jadi bila kita berkunjung jangan lah duduk hingga berjam-jam macam taknak balik. Tuan rumah juga mau raikan tetamu yang lain. Kalau kita melepak 2-3 jam, apa lah perasaan tuan rumah. Tambah pulak satu-satu diangkut makanan, bukannya nak jamu untuk kita seorang.

Elakkan Ambil Makanan Terlalu Banyak

Macam tak ada hari esok gaya makannya haaa. Ambil makanan terlalu banyak sekaligus dengan anggapan, taknak ulang alik adalah salah satu pentunjuk yang kita tidak beradab dan tidak menghormati tuan rumah. Makanan yang kita ambil dengan kuantiti yang banyak belum tentu dapat dihabiskan. Tuan rumah order makanan untuk bilangan tetamu yang dijemput, bila kita tak habis dan buat perangai membazir, bayangkan perasaan tuan rumah dengan makanan yang dibuang dek kerana sifat gelojoh kita.

Beraya di rumah sedara

Pakai Pakaian Sesuai

Antara adab mengunjungi open house adalah memakai pakaian yang ringkas dan sopan . Elakkan pakai pakaian yang menjolok mata dan menyerlah. Ni bukan pergi fesyen show, cukup dengan yang sederhana.

Jangan Jadi Port Membawang

Bila dah berkumpul ramai-ramai , ada potensi nak mula membawang. Kalau dah membawang, namanya bukan sekejap. Jadikan rumah terbuka sebagai tempat untuk mengeratkan silaturrahim dan memanjangkan ukhuwah. Almaklum kalau hari biasa masing-masing sibuk untuk berkunjung-kunjungan. Open house je la peluang nak bersua muka setelah lama tak jumpa. Masa ni jugak boleh ambil peluang untuk bermaafan-maafan bukannya membuka cerita keburukan.

Makan Terlalu Banyak, Alamak Naik Berkilo Asbab Open House

Haaa bila dah pergi Open House Raya tu, macma-macma makanan lah kita melantak. Tambah-tambah kalau semua sedap-sedap. Iman tak kuat nak menolaknya. Kak yan ada solusi bagi mereka yang risau naik berat, perut buncit kes open house banyak sangat.

Tipsnya macam ni…

Sebelum pergi mana-mana open house haa telan Lecithin siap-siap. Lecithin akan bantu emulsikan lemak jadi pecahan yang kecil jadi senang untuk dibuang.

Lepas dah melantak macam-macam haa jangan lupa untuk telan Alfalfa Complex dan Omega pulak. Keduanya ni bantu juga untuk serap makan yang berkolestrol tinggi. Haa kalau belum makan Bcomplex lagi, waktu ni lah sesuai ambil sebab Bcomplex akan bantu untuk tukarkan makanan kepada tenaga.

Waktu malam pula, detox usus dengan Herblax. Nahh..waktu ni memang best. Rasa flush semua sisa-sisa dalam perut, esoknya effect kempis lah apa lagi. Perut penuh ni memang buat badan kita lesu dan malas, akibatnya kita rasa nak tido je lah manjang.

Pendek kata bulan Syawal ni kena get ready selalu la dengan vitamin-vitamin ni.

Nak tahu lanjut vitamin apa, boleh baca TIPS MAKAN BANYAK TAPI TAK GEMUK DI HARI RAYA

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge