| | |

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Rahmah sana rahmah sini, vitamin pun harga rahmah tau. Jaman now, ramai yang mencari-cari solusi untuk dapatkan kulit cantik. Selain skincare, vitamin adalah super penting untuk cepatkan proses nak dapat kulit cantik. Sel-sel yang sihat boleh buat kulit glowing dan berseri. Ingat, kecantikan bermula dari dalam.

Vitamin Yang Diperlukan Kulit

Kulit manusia terdiri daripada 3 lapisan

  • epidermis yang terbentuk dari keratin yang keras
  • dermis yang mengandungi kolagen, fibroblas dna gentian yang kenyal. Di sini juga ada kalenjar minyak iaitu sebum
  • hipodermis iaitu bahagian kulit paling dalam terdiri daripada sel lemak iaitu tisu di bawah kulit yang dinamakan tisu subkutaneus

Untuk memastikan setiap lapisan kulit ni melakukan tugasnya dengan baik supaya kita tak ada masalah kulit, kulit memerlukan nutrient tertentu. Kepada yang memang nakkan kulit terjaga dengan baik, tak ada banyak masalah, ini vitamin kulit cantik yang anda harus ambil setiap hari

Vitamin C

Vitamin kulit pertama adalah Vitamin C. Vitamin C sangat popular digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, hiperpigmentation, bintik hitam dan garis halus. Secara semulajadinya, vitamin c ni ditemui dalam lapisan epidermis dan juga lapisan dalam kulit.

Macam mana Vitamin C boleh cantikkan kulit?

Vitamin C tingkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit. Kolagen adalah serat protin yang buat kulit kita kuat dan tegang. Haa kalau dah berusia, maknanya vitamin C ni dah kategori wajib ambil. Sebab semakin berusia, penghasilan kolagen dalam kulit jadi berkurangan. Tambah-tambah bila setiap hari terdedah matahari. Pagi petang drive ambil hantar anak sekolah kan, memang sentiasa terdedah pada matahari. Sinar uv dari matahari boleh pecahkan protin ni sebab tu kolagen kulit rosak dan nampak tua.

Jadi kat sini fungsi Vitamin C adalah untuk

  • kurangkan penampakan garis-garis halus
  • cerahkan bintik-bintik pigmentasi
  • kurangkan tan dengan cara menghalang enzim tyrosinase yang bertanggungjawab mengeluarkan melanin kulit (warna kulit)
  • meningkatkan keberkesan pemakaian sunblock
  • percepatkan penyembuhan dengan mengurangkan kerosakan sel jadi sangat berkesan untuk meredakan jerawat
  • boleh kurangkan stress yang beri kesan kepada kulit

Protin

Badan yang tak cukup protin akan bagi impak pada kulit terlebih dahulu. Badan akan tukarkan protin yang kita makan menjadi blok binaan yang dipanggil asid amino dan digunakan semula untuk menghasilkan protin yang lain termasuk kolagen dan keratin yang membentuk struktur kulit.

Asid amino membantu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Untuk pengetahuan, lapisan kulit paling luar iaitu epidermis akan bertukar setiap 28 hari. Jadi penting untuk exfoliate kulit supaya sel-sel kulit mati tidak berkumpul di kulit dan mudah untuk sel-sel baru mainkan peranannya.

Sesetengah asid amino memainkan peranan sebgaai antioksidan yang melindungi sel kulit dari bahaya sinar UV dan radikal bebas.

Secara keseluruhannya, fungsi Protin adalah untuk

  • Menyediakan struktur sokongan kepada kulit
  • Mencegah kulit kering dan menggelupas
  • Merupakan ejen pembaikan kulit
  • Meningkatkan pengeluaran kolagen yang mengikat sel dan menghasilakn kulit yang licin dan lembut serta awet muda
  • Beri perlindungan dari kerosakan radikal bebas

Vitamin A

Vitamin kulit seterusnya adalah Vitamin A. Vitamin A adalah vitamin antioksidan kategori larut lemak. Kedua-dua lapisan kulit memerlukan vitamin A. Tanpa Vitamin A yang cukup, kulit boleh kering. Ia berfungsi dengan mengikat reseptor dalam sel kulit, seterusnya menguatkan fungsi perlindungan epidermis, melindungi kolagen daripada menurun dan merangsang perolehan sel kulit.

Fungsi Vitamin A pada kulit adalah

  • mempunyai sifat antiradang yang membantu memperbaiki gejala jerawat
  • mengurangkan penampilan tanda-tanda penuaan yang ganggu proses penghasilan kolagen
  • halang kerosakan akibat sinaran matahari
  • Baiki tona kulit dan bagi tekstur yang lebih licin
  • Menormalkan pengeluaran minyak dan elak liang pori tersumbat

Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin antioksidan dan antiradang yang sangat bagus untuk kulit cantik. Vitamin E bagus untuk peredaran darah jadi boleh bantu kulit untuk jadi tegang dan sihat.

  • Vitamin E mengurangkan kerosakan matahari dengan menyerap sinar UV matahari dan memelihara kelembapan kulit.
  • Vitamin E bertindak dengan Vitamin C untuk menguatkan dinding sel.

Set Vitamin Kulit Cantik Shaklee

Antara 4 vitamin yang disebutkan di atas, Kak yana nak share best seller Set Vitamin Kulit Cantik Shaklee yang menjadi pilihan ramai bertahun-tahun iaitu ESP dan Vitamin C. Kedua-dua vitamin ini jadi pilihan sebab siapa yang consume akan dapat kelebihan-kelebihan ni

  • Jerawat hilang, parut pudar, kulit cerah dan berseri. Glowing orang kata
  • Beri tenaga berpanjangan, tak mudah lapar dan boleh kurangkan craving makanan manis
  • Sistem imun badan meningkat. Mana yang resdung, selalu demam selalu selsema insyaaAllah jarang kena
  • Untuk ibu hamil, boleh bantu perkembangan bayi dalam kandungan, kulit baby cantik.
  • Percepatkan penyembuhan luka
  • Bantu kurangkan masalah gastrik, perut tak selesa
Set Rahmah RM99 | FREE KEAHLIAN
Set Rahmah x 2 RM188 | FREE KEAHLIAN | FREE POSTAGE

Kelebihan ESP Shaklee

ESP adalah sumber protin dari non gmo soy. Ada banyak protin shake yang dijual di luar tapi ini keistimewaan Protin ESP Shaklee yang tiada pada protin shake yang lain.

  • Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 â€“ nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti.
  • Mengandungi 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium.
  • Tanpa kolesterol
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol

Ada sangat banyak kesan minum ESP ni. Antaranya adalah

  • Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot
  • Menyokong Pertumbuhan Tulang yang lebih Kuat dan Sihat
  • Meningkatkan Seri Kulit
  • Menguatkan Rambut dan Kuku
  • Melegakan Ketidakselesaan Perut seperti Gastrik
  • Menyokong Kehamilan Yang Sihat
  • Menggalakan Penghasilan Susu Ibu
  • Membekalkan Tenaga Berterusan
  • Menggalakkan kesihatan prostat
  • Mengekalkan kekuatan otot
  • Melegakan Simptom-Simptom Menopaus
  • Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat
  • Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen

Kelebihan Vitamin C Shaklee

Vitamin C shaklee mengandungi Bioflavanoid yang mana ia meningkatkan penyerapan vitamin c dalam badan. Walaupun 1 biji 500mg (bukan 1000mg) namun penyerapannya lebih berkesan sebab mengandungi teknologi Sustain Released yang mana ianya membantu pelepasan vitamin secara berperingkat dalam badan jam demi jam. Jadi tiada istilah kencing mahal atau pembaziran.

Baca juga >> Cara Dapat Kulit Cantik Dengan Vitamin C dan Vitamin E

Bagaimana Nak Order Vitamin Cantik harga Rahmah?

Promosi set rahmah ni berlangsung hingga 30 May 2023 sahaja. Itupun sementara stok masih ada. Permintaan snagat tinggi sebab harga rahmah ni.

Ada 2 option yang boleh dipilih

  • Set A – ESP& Vitamin C RM99
  • Set B – 2 x ESP & Vitamin C RM188

Set B lebih jimat sebab ada lagi discount. Pembelian mana-mana set anda layak untuk dapat keahlian percuma jadi jimat lagi RM35 (yuran keahlian shaklee)

Kos penghantaran adalah PERCUMA bagi Set B. Sebab tu saya kata set B memang jauh lagi jimat. Jadi bagaimana nak dapatkan set Rahmah ni?

Boleh hubungi saya di talian 012-9576172 (Aziyana) atau klik link https://wasap.my/60129576172/setrahmah

COD juga disediakan. Kawasan penghantaran :

Kuantan | Semambu | Bukit Rangin | Kotasas | Indera Mahkota | Balok

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge