6 Aplikasi Intermittent Fasting : Turun Berat Lebih Mudah

Intermittent Fasting dah jadi diet paling popular di kalangan mereka yang nak turunkan berat badan. Malah ada yang tidak ada masalah berat badan juga turut mengamalkan Intermittent Fasting untuk kesihatan. Walau apa pun jenis diet, yang paling penting adalah DISIPLIN. Justeru, dalam entry kali ini Kak Yana nak kongsi dengan semua terutama yang baru nak bermula dengan diet Intermittent Fasting 12 Aplikasi di telefon yang boleh digunakan untuk track proses diet supaya boleh turunkan berat badan dengan lebih senang.

Kalau nak dapatkan bacaan detail tentang Intermittent Fasting, boleh la dapatkan info DI SINI ya

Kenapa ramai pilih Intermittent Fasting?

Antara kelebihan utama Intermittent Fasting adalah ianya diet yang fleksible dan mudah, dan ada banyak pilihan waktu untuk berpuasa bergantung kepada keselesaan dan sesuai dengan rutin harian kita. Taknak bimbang waktu bila nak makan dan bila nk stop? Jangan risau sebab ada apps yang boleh bantu mudahkan anda.

Aplikasi Telefon Untuk Intermittent Fasting 

Sebelum mulakan Intermittent Fasting, kena kenalpasti apa fokus dan keperluan dalam intermittent Fasting. Pertama, apa matlamat buat IF? Adakah anda nak apps tersebut track tempoh puasa? Atau track progress?Atau bantu untuk buat meal plan anda? Apapun perlu diingat, kalau anda sedang dalam tempoh rawatan doktor , memerlukan makan ubat pada tempoh tertentu, intermittent fasting tidak sesuai untuk diamalkan.

  1. WINDOW – FASTING TRACKER

Apps Window ni khas untuk beginner yang baru nak mula buat IF. Ianya simple di mana pengguna boleh jadualkan eating window, akan keluar notifikasi bila eating window buka dan tutup. Pengguna juga boleh monitor penurunan berat badan. Apps ni free tapi kalau nak upgrade untuk dapat lebih banyak feature, boleh subscribe yang berbayar.

2. FEMOMETER INTERMITTENT FASTING 

Apps ni dicipta khas untuk wanita yang buat IF dengna 99% star rating. Wow nampaknya memang ramai wanita yang pilih apps ni. Ianya lengkap dengan panduan step by step nak buat IF, ada tracker berat, pengambilan air, tidur dan segala aktivti untuk capai goal. Sama dengan apps pertama, ianya percuma tapi jika inginkan features yang lebih best, boleh subscribe.

3. FASTIC -INTERMINTTENT FASTING

Fastic mengandungi lebih 400 resepi yang menyokong intermittent fasting pengguna, Ia juga memberitahu pengguna apa yang berlaku kepada badan ketika melakukan IF dan boleh join komuniti IF di peringkat global yang boleh bagi motivasi untuk capai goal weight loss anda.

4. ZERO – INTERMITTENT FASTING 

Apps ni mengandungi kelebihan untuk track proses fasting, boleh set goal contohnya nak untuk weight management, untuk tenaga untuk mental atau kesihatan usus. Zero juga ada kelebihan untuk susun dan buat jadual IF yang kita nak. Aplikasi ini juga mempunyai papan pemuka yang boleh membantu anda menganalisis tabiat berpuasa dari semasa ke semasa.

5. DoFasting INTERMITTENT FASTING 

DoFasting menyediakan 7 rancangan IF untuk dipilih, dan lebih 5,000 resipi. Ada banyak juga video senaman yang boleh bantu kekal fit dan aktif. Anda juga boleh membuat pelan makan harian, mingguan atau bulanan terus dalam app ini dan membandingkannya dengan pengambilan kalori harian yang disyorkan. Selain itu, aplikasi ini juga membantu pengguna untuk track berat badan dna pengambilan air. 

6. FASTHABIT 

Kalau and anak test pelbagai jenis plan diet IF, apps ini terbaik. Hanya setkan fasting window dan ready untuk mulakan IF. Melalui apps ni juga, boleh set reminder dan notifikasi serta track record IF pada hari-hari sebelum.

Ada banyak lagi aplikasi tentang Intermittent Fasting yang ada. Apapun, untuk memastikan ianya berjaya, disiplin adalah kuncinya. Setiap badan mempunyai metabolisme berbeza, jangan terlalu obses untuk turun berat badan dengan cepat. Mula dengan perlahan-lahan dan pantau respon badan. Pastikan juga amal gaya hidup sihat dan kawal stress.

Berminat nak dapatkan produk Shaklee untuk pengurusan berat badan dan support program IF anda?

Boleh hubungi saya AZIYANA  012-9576172 (whatsapp)  https://wasap.my/60129576172/weightlossshaklee

PENGEDAR DIPERLUKAN SEGERA !!!

Peluang bisnes untuk jana income tambahan. Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya AZIYANA  012-9576172 (whatsapp)  jika berminat menjadi pengedar di kawasan anda, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Pengedar Sah Shaklee : Nurul Aziyana (Shaklee ID 886587)

012-9576172 (whatsapp) http://jombizz.wasap.my

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge