|

Kulit Kusam Semasa Hamil: Bagaimana Nak Kekal Glowing

Kadangkala, nak jadi ibu ni ada macam-macam perkara yang tak jangka berlaku pun akan berlaku. Contohnya masa sebelum hamil, seketul jerawat pun tak pernah muncul kat muka. Bila hamil, ehhh tiba-tiba pula dia muncul. Kadang tu bukan setakat fizikal berubah, tapi juga emosi.

Sepanjang 9 bulan ni adalah tempoh perubahan hormon, food craving, perubahan badan dan tak ketinggalan kulit juga mungkin akan berubah. Sebab tu ada yang nampak betul serinya (orang panggil seri ibu hamil), ada pula yang macam rupa tak mandi pun ya. Takdok mood nak berjangok orang kelantan kata.

TRIMESTER KEDUA BERMULA

Kalau sepanjang hamil kulit glowing, untung la kan. Tak payah nak susah-susah pakai itu pakai ini nak kasik glowing.

Tapi bagi mereka yang ada alahan teruk masa trimester pertama, memang tak kesah langsung bab rupa tu. Dapat cuci muka pun dah mujur.

Masuk trimester kedua, biasanya adegan alahan dah berkurangan dan waktu ni dah mula normal sedikit. Masa ni juga akan nampak kulit lebih ok, ibu-ibu pun ada semangat sikit.

Jumlah darah meningkat ke semua organ dan janin. Jadi muka akan nampak lebih fresh, rembesan minyak di muka meningkat memberikan effect kulit yang bersinar. Tambah-tambah kalau cukup vitamin prenatal seperti protin (ESP), vitamin C, Bcomplex.

PERUBAHAN WARNA PADA KULIT

Ada sesetengah wanita alami masalah tona kulit tak sekata masa hamil. Wujud pigmentasi di kulit.

Kenapa berlaku? Kemungkinan besar sebab perubahan hormon kerana estrogen, progesteron dan hormon melanosit-stimulasi (MSH) sangat meningkat pada tempoh ini. Hampir 50-70 % wanita mengalami masalah ni semasa kehamilan. Dari peratusan ini, biasanya mereka yang mempunyai kulit hitam berkulit gelap lebih cenderung untuk mengalami.

So apa yang boleh dibuat?

  • Makan makanan kaya dengan asid folik. Ggabungkan sayur-sayuran berdaun, asparagus, brokoli, sitrus, kacang, kacang, alpukat, bijirin dan kacang ke dalam diet kehamilan anda untuk menggalakan tona kulit yang sekata. Jangan lupa untuk mengambil vitamin pranatal setiap hari!
  • Lindungi diri bila terdedah kepada matahari. Sinar UV boleh meningkatkan bintik-bintik gelap pada kulit dan menjadikannya sukar untuk pudar dengan mudah selepas mengandung. Kak yana syorkan guna YOUTH Age Defence Moisterizer SPF50 
  • Makan vitamin C. Vitamin C adalah antara vitamin yang paling selamat dan berkesan untuk wanita hamil nak dapatkan kulit cerah berbanding menggunakan skincare yang mengandungi paraben atau bahan kimia tinggi.

KULIT BERMINYAK DAN KEHAMILAN

Satu lagi konflik yang dihadapi oleh wanita hamil ialah kulit BERMINYAK. Ada beberapa tips untuk atasi masalah liang pori wajah besar akibat kulit yang berminyak.

  • Cuci muka dua kali sehari dengan pencuci muka yang mempunyai pH yang seimbang dan lembut seperti YOUTH Luminious Gel Oil Cleanser yang mempunyai fungsi 3 dalam 1.
  • Makan makanan yang bersih dan organik juga akan menggalakkan kulit yang bersih. Elakkan gula dan bijirin halus (makan bijirin penuh), lemak tepu (didapati dalam makanan goreng), dan terlalu banyak tenusu. Sebaliknya, tambahkan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran organik, alpukat, salmon, walnut, buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

Biasanya masalah kulit tak stabil ni akan hilang bila lepas melahirkan. Walaupun gejala ini hilang secara semula jadi, 9 bulan adalah masa yang lama untuk nak hadap masalah kulit tu.

Jadi nasihat kak yana, semoga tips ni boleh bantu untuk atasi masalah kulit kusam masa hamil. Jangan tinggal vitamin prenatal tau. Kulit cantik, badan cergas walaupun bawak perut yang berat.

Nak dapatkan THE BEST VITAMIN PRENATAL ? Boleh hubungi kak yana di talian berikut

Kak yana 012-9576172 (klik link ini untuk lebih pantas http://wasap.my/60129576172/vitPrenatal

Untuk COD :

Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan, Kampung Padang, Taman Impian

Setiap pembelian dengan Kak Yana layak menerima
  • Konsultasi Percuma Secara Berterusan
  • Jadual pengambilan vitamin yang berkesan
  • Tips Kesihatan Exclusive

BERMINAT NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE BERSAMA KAMI DENGAN MODAL RENDAH? KLIK LINK INI

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge