Vitamin C dan Vitamin E ni memang super glamour untuk kulit cantik. Product kulit cantik biasanya ada 2 vitamin ni. Vitamin C dan E pun banyak dikeluarkan sebagai vitamin kulit cantik. Macam mana nak dapatkan kesan kulit cantik yang terbaik dengan Vitamin C dan E?

Entry kali ni nak kongsi kaedah melalui penggunaan vitamin C dan E secara makan dan juga sapu. Buat dua-dua baru la mantop beb.

Sebelum tu meh tengok ngape lah bestnya vitamin C dan E ni untuk kulit cantik.

VITAMIN C

Vitamin C ditemui paling banyak di epidermis (lapisan luar kulit) serta dermis (lapisan dalam kulit). Ianya vitamin antioksidan dan peranannya dalam pengeluaran kolagen membantu menjaga kulit yang sihat. Inilah sebab mengapa vitamin C adalah salah satu bahan utama yang terdapat di banyak produk penjagaan kulit antiaging.

Bila ambil vitamin C, boleh bantu tingkatkan keberkesanan perlindungan kulit dari sinar UV bila kita pakai krim spf. Sebab Vitamin C boleh mengurangkan kerosakan sel dan membantu proses penyembuhan luka-luka tubuh.

Vitamin C juga boleh membantu menghalang tanda-tanda penuaan kerana peranannya penting dalam sintesis kolagen semulajadi. Ia membantu menyembuhkan kulit yang rosak dan, dalam beberapa kes, mengurangkan penampilan kedut. Pengambilan vitamin C yang mencukupi juga boleh membantu membaiki dan mencegah kulit kering.

VITAMIN E

Macam vitamin C, vitamin E juga adalah antioksidan. Malah kategori antioksidan yang paling penting  sebab ia melindungi membran sel dan mencegah kerosakan kepada enzim yang berkaitan dengannya. Fungsi utamanya dalam penjagaan kulit adalah melindungi daripada kerosakan matahari. Vitamin E menyerap cahaya UV berbahaya dari matahari apabila terkena pada kulit. Ini boleh membantu menghalang bintik-bintik dan kerutan yang gelap.

Biasanya, tubuh menghasilkan vitamin E melalui sebum, bahan berminyak yang dikeluarkan melalui liang kulit. Dalam keseimbangan yang betul, sebum membantu menjaga keadaan kulit dan menghalang kekeringan. Jika anda mempunyai kulit yang kering terutamanya, vitamin E mungkin dapat membantu mengatasi kekurangan sebum. Vitamin E juga membantu dalam merawat keradangan kulit.

Jadi untuk dapatkan kulit cantik, ambil sekurang-kurangnya dos berikut setiap hari

  • 1000 mg vitamin C
  • 400iu vitamin E

Macam mana dengan kaedah sapuan pula?

Haa specialnya product Shaklee, ada krim khas yang mengandungi vitamin C dan E untuk disapu secara luaran. Radiance C+E dari rangkaian skincare premium YOUTH.

Kelebihan Radiance C+E ini adalah

  • Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

  • mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

  • Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet

Penggunaan Vitamin C dan E juga boleh membantu untuk atasi masalah parut hitam dan berlubang. Penggunaan lebih ketara kesannya dengan regimen penjagaan YOUTH yang lain seperti Cleanser, Toner, Serum dan Krim Malam

Tonton Video ini untuk hilangkan partu berlubang dan hitam.

Jadi nak kulit cantik, nak kulit cerah, nak awet muda gunakan nutrisi yang betul dengan cara yang betul. Pilih yang semulajadi, sudah dijamin dan pasti berkesan

Klik TESTIMONI YOUTH

Tak sabar nak miliki dan rasai kulit gebu cantik? Hubungi kak yana 012-9576172  (http://aziyanaYOUTH.wasap.my)

Dan istimewa untuk pelanggan kami yang beli direct YOUTH Skincare dengan kami anda akan mendapat keistimewaan berikut

  • Tips exclusive cara pakai YOUTH Skincare – salah pakai tiada result
  • Tips kecantikan kulit yang berkekalan bukan hanya dengan skincare
  • Cara nak tambah keberkesanan penggunaan YOUTH

Bagi yang nak dapatkan YOUTH Skincare, bertindak segera sebab stok memang menjadi rebutan ramai. Boleh habis 500 set dalam masa 3 jam sahaja.

Hubungi segera >> HOTLINE YOUTH : 012-9576172 (http://aziyanaYOUTH.wasap.my)

Tips Naikkan Seri Muka Untuk Bakal Pengantin
Cara Hilangkan Sunburn Bagi Orang Kuat Main Sukan