Tahniah sebab jadi salah seorang yang berusaha untuk berhenti rokok. Tahniah kerana betul-betul tunjukkan yang anda sayang keluarga anda. Memang sukar nak adapt dengan tabiat baru- tabiat tak merokok setelah bertahun-tahun bersahabat baik dengan rokok.

Bila berhenti rokok, biasanya akan ada kesan withdrawal. Kecuali bagi mereka yang berhenti rokok CARA INI. 

Kesan withdrawal dari nikotin mempunyai 2 bahagian – fizikal dan mental.

Gejala fizikal boleh mengganggu tetapi tidak mengancam nyawa. Contohnya, kalau tengok kawan-kawan merokok, iman tak kuat boleh goyah dan kembali merokok. Tak mengancam nyawa dalam kes ni maksudnya bukan lah berhenti, boleh mati sebab ketagih tak dapat hisap.

Yang susahnya nak kawal mental.

Yelah, dari bangun pagi sampai nak tutup mata hidup dengan rokok. Breakfast rokok, lunch rokok, dinner pun rokok. Makanan ruji dah. Kalau tetiba tinggal, mau tak rasa macam sasau. Bukan tu je, apa-apa aktiviti pun banyak dengan rokok. Baca surat khabar sambil rokok, tengok TV pun sambil merokok, ngeteh apatah lagi.

Jadi macam mana nak atasi kesan withdrawal ni supaya anda tetap dengan keputusan untuk berhenti rokok selamanya

#1: Kenalpasti semua anggapan-anggapan yang boleh menyebabkan sesorang kembali merokok. 

OK contoh macam ni.

Orang yang merokok, dia seolah sedapkan hati dia yang merokok ni ok je. Antara ayat-ayatnya adalah

“Hari ni macam tak sesuai je nak berhneti rokok, esok lah start”

“Betul ke bahaya sangat merokok ni? Pakcik ali tu merokok berpuluh tahun, hidup je dia sampai umur 90″

” Sekarang ni, takde asap rokok pun , pencemaran udara pun dah cukup membahayakan”

” Kalau dah ajal, mati juga bukan sebab rokok je boleh mati”

” Tak fun lah kalau tak da rokok ni”

Ingat, kata-kata ni akan tipu diri anda. So penting untuk kenalpasti supaya anda tak kembali merokok.

#2: Elakkan terus dari orang atau tempat merokok

#3: Tukar tabiat anda. Beralih kepada jus atau air dan bukan alkohol atau kopi. Pilih makanan yang tidak membuat anda mahu merokok.

#4:  Pilih kudapan lain.  Gunakan pengganti yang boleh dimasukkan ke dalam mulut anda seperti gula gula getah, sayuran mentah seperti lobak, atau biji bunga matahari.

#5: Aktifkan diri. Buat la apa-apa aktiviti yang boleh kurangkan stress. Buat aktiviti yang guna tangan supaya tangan anda takleh pegang rokok. Boleh la alihkan perhatian.

#6. Ambil nafas dalam. Masa isap rokok, anda tarik nafas dalam. Jadi boleh buat yang sama tapi tanpa rokok dan ini juga bantu anda untuk rasa lebih tenang.

#7. Tangguhkan. kalau rasa macam timbul keinginan nak merokok, cuba tangguhkan 10 minit. katakan pada diri,10 min lagi. Bila sampai 10 min, katakan lagi.

#8. Reward diri. Katakan bila tiba rasa nak beli rokok, masukkan duit dalam tabung transparent nilai yang sama dengan sekotak rokok. Duit simpanan tu gunakan utk reward diri sebab berjaya tahan diri. Contoh, bayar yuran gym ke, beli tiket wayang ke. Lagi bagus kumpul untuk travel. Wow, kompem sangat bernilai harga berhenti rokok.

gambar: yummylooks.com

Buat langkah-langkah ni, banyakkan berdoa untuk tetapkan hati agar kekal berhenti rokok. Jika tak mahu rasa kesan withdrawal ni, anda boleh je guna KAEDAH NI. Yang ni kurang lah rasa merana tu malah memang rasa benci terus dengan rokok.

Ingat, jangan jadi suami yang kata sayang, tapi meracuni mereka.

Kejam dalam diam namanya tu. Apepun semua yang kita buat akan ditanya di hadapan Allah kelak. Pilih untuk hidup yang terbaik. Pilih untuk berhenti rokok selamanya

Sangat serius nak berhenti rokok?

Tak mau dah terlibat dengan rokok?

Klik link ini —> BERHENTI ROKOK SELAMANYA

 

Cara Elak Berat Badan Naik Lepas Berhenti Rokok