Bila umur semakin meningkat, akan ada perubahan dalam diri kita. Dah mula makin tak ingat, garis-garis kedut dah muncul, otot-otot pun dah tak kuat. Untuk entry ni kak yana nak share pasal Aging. Aging atau penuaan, apa maksudnya? Macam mana penuaan berlaku. Boleh ke kita lambatkan penuaan.

Adakah maksud penuaan hanya setakat kulit berkedut, lutut sakit , mata tak nampak, badan tak bertenaga? Sekadar yang nampak di mata kasar? Atau macam mana?

Ada penuaan disebabkan oleh badan kita sendiri, ada juga disebabkan oleh perubahan persekitaran contohnya kerosakan kulit akibat pendedahan terhadap cahaya matahari.  Kesimpulannya penuaan adalah gabungan dari perubahan tubuh dan kesan bagaimana kita menjaga diri kita.

Peringkat Berlakunya Penuaan

Penuaan berlaku dalam beberapa peringkat:

Penuaan selular.

Umur sel kita bergantung kepada berapa kali ia direplikasi. Suatu sel boleh mereplikasi kira-kira 50 kali sebelum bahan genetik tidak lagi boleh disalin dengan tepat, disebabkan oleh telomer yang semakin pendek.

Semakin banyak kerosakan yang dilakukan kepada sel-sel oleh radikal bebas dan faktor-faktor lain, lebih banyak sel perlu direplikasi.

Penuaan hormon.

Hormon memainkan faktor yang besar dalam penuaan, terutamanya semasa pertumbuhan kanak-kanak dan kematangan remaja. Tahap hormon akan berubah-berubah sepanjang fasa kehidupan kita. Contoh semasa baligh, boleh menimbulkan jerawat dan pori wajah besar. Apabila kita semakin tua, perubahan hormon menyebabkan kulit kering dan menopaus.

Kerosakan terkumpul (Accumulated damage).

Kerosakan terkumpul berpunca dari sumber luaran. Pendedahan kepada toksin, matahari, makanan berbahaya, pencemaran dan asap punca sel badan cepat rosak. Dari masa ke masa, faktor luaran ini boleh mengakibatkan kerosakan tisu dan menyebabkan badan hilang upaya untuk mengekalkan dan memperbaiki sel, tisu dan organ.

Penuaan metabolik.

Setiap hari sel-sel kita sentiasa mengubah makanan menjadi tenaga, proses ini menghasilkan produk sampingan yang boleh memudaratkan. Proses metabolisasi dan penciptaan tenaga menghasilkan kerosakan kepada tubuh dari masa ke masa.

Proses penuaan boleh menjejaskan setiap organ dalam badan kita.

Sebagai contoh, ketika seseorang berusia 20 tahun, tisu paru-paru kehilangan keanjalannya, otot-otot di sekitar sangkar tulang rusuk mula merosot dan fungsi paru-paru, iaitu jumlah udara yang dapat dihirup, berkurang. Pengeluaran enzim pencernaan mula jadi lambat, akhirnya mempengaruhi bagaimana nutrien diserap ke dalam badan.

Lemak mula terbentuk di saluran darah dan dinding sel mula kehilangan kelenturan, menyebabkan aterosklerosis, atau pengerasan arteri.

Bagaimana Melambatkan Proses Penuaan

Penuaan tidak boleh dielakkan. Tapi, ada cara yang boleh diambil untuk melambatkan kerosakan sel, tisu dan organ badan kita dan membantu untuk hidup lebih lama atau kata lain, elak dapat sakit akibat kegagalan fungsi badan.

  1. Eat well, live well
    Kata orang putih. maksudnya kawal pemakanan kita. Makanan yang diproses, tinggi gula, tinggi garam memang mempercepatkan penuaan. Baca label. Elakkan makanan yang mengandungi gula tinggi seperti kek, biskut, air manis, dan yang mengandungi kanji putih. Sebaliknya banyakkan makan sayur dan buah. yang organic lebih selamat.
  2. Berhenti rokok dan jangan sesekali cuba nak merokok.
    Sekiranya anda seorang perokok, jangan putus asa untuk cuba berhenti. Berhenti merokok meningkatkan peredaran dan tekanan darah, dan secara drastik mengurangkan risiko kanser.
  3. Senaman.
    Kita mungkin tak punya masa 30 minit untuk bersenam seperti yang disyorkan sehari, 5 kali seminggu, tetapi berita gembira adalah denganhanya 15 minit aktiviti sederhana sehari dapat memanjangkan umur. Berjalan di luar rumah, naik basikal atau mengambil kelas kecergasan. Apa-apa aktiviti adalah lebih baik daripada tiada.
  4. Bersosial.
    Sosialisasi membuatkan kita muda. Kekalkan hubungan yang baik dan sihat dengan orang lain. Tetap berhubung dengan orang yang kita suka dan sentiasa cari peluang untuk bertemu dengan orang baru.
  5. Tidur yang cukup
    8 jam tidur adalah perfect untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan menurunkan tahap tekanan. Healing process akan menjadi sangat bagus waktu kita tidur.
  6. Elakkan stress
    Tekanan, kemarahan dan menahan rasa dendam boleh rosakkan badan kita.

Namun, untuk melambatkan penuaan di peringkat selular, VIVIX adalah yang terbukti berkesan melalui ujian klinikal dan ujian makmal. Bagaimana? Dalam video ini kak yana bongkarkan rahsianya

Ada 4 mekanisme utama bagaimana VIVIX bertindak untuk melambatkan penuaan dan disimpulkan dalam gambar ni.

Dari segi penuaan selular, VIVIX membantu melambatkan pemendekan telomeres sebanyak 40%. Jadi ia boleh membantu lembatkan penuaan peringkat selular.

Apa pula telomeres? telomeres ni ada dalam badan kita, lebih spesifik dalam sel kita, lebih sepcifik lagi ianya adalah salah satu komponen dalam DNA kita.
Letaknya di mana? Moh tengok gambar di bawah

Telomeres akan menjadi pendek apabila kita semakin tua menyebabkan penuaan dalam sel. Baca lanjut di sini >> Cara Perlahankan Penuaan

Baca juga >> Kelebihan dan Kebaikan makan VIVIX ketika sihat

Dari segi penuaan metabolik pula, VIVIX membantu mengelakkan pengumpulan protin AGE yang boleh merosakkan organ dalam badan kita.

Lihat juga >> 4 Kandungan Utama VIVIX buat VIVIX hebat

Nak dapatkan VIVIX?
Bulan ini ada promosi sangat best dengan pembelian VIVIX. ya promosi ni berlangsung hanya sepanjang Disember 2017 sahaja

Tonton video ini untuk dapat harga murah Vivix

Bagaimana nak dapatkan VIVIX HARGA PROMOSI?

Boleh Whats app ‘ Nak VIVIX PROMOSI ‘ ke no 012 9576172 (klik link ini untuk lebih pantas http://aziyanashaklee.wasap.my)

Kak Yana akan guide cara makan yang berkesan untuk dapat kesan maksima dengan VIVIX
Untuk COD :

Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan, Kampung Padang, Taman Impian

Setiap pembelian dengan Kak Yana layak menerima
  • Konsultasi Percuma Secara Berterusan
  • Jadual pengambilan vitamin yang berkesan
  • Tips Kesihatan Exclusive

BERMINAT NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE BERSAMA KAMI DENGAN MODAL RENDAH? KLIK LINK INI 

 

Barah Lymphoma Boleh Sembuh : Baca Perkongsian Ibu Ini
4 Sebab Untung Miliki VIVIX Ketika Promosi