Cara Rawat Buasir Akibat Sembelit Ibu Hamil

Sembelit ketika hamil boleh dikatakan masalah sejagat bagi ibu-ibu hamil terutama di akhir kehamilan. Seksa kalau sembelit ni, lagi-lagi kalau hamil. Sembelit kronik boleh buatkan buasir. Lagi parah kan? Kenapa ibu hamil senang kena sembelit?

Punca Sembelit Di Kalangan Ibu Hamil

Bila hamil, hormon progestron dalam badan banyak. Jadi proses penghadaman makanan oleh usus jadi lebih perlahan. Rahim yang semakin besar juga boleh menekan usus dan menyebabkan pergerakan najis terhalang. Bagi yang kurang minum air, ianya akan jadi lebih kronik. Begitu juga bila kurang pengambilan serat.

Selain itu, pengambilan iron juga boleh menyumbang kepada najis keras dan menyebabkan sembelit.

Punca Buasir 

Sembelit kronik boleh menyebabkan buasir. Jika telah alami buasir sebelum hamil, masalah sembelit juga boleh menyebabkan buasir lebih teruk. Saluran vena sekitar dubur akan membengkak dan berlaku pendarahan. Buasir perlu diambil serius kerana bila berlaku proses meneran ketika bersalin, ianya akan jadi lebih besar. Sesuatu yang memang tidak menyelesakan.

Pengalaman Buasir Ketika Hamil

Kak Yana nak kongsi pengalaman Pn Farah yang mengalami sembelit, dan kemudian buasir ketika hamil.

Assalammualaikum Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata.

Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrik. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit.

Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2. Bila sembelit maka bausir pun muncul. Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex. Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi makin membesar dan menekan usus kita.

Buasir Tahap Kronik Selepas Bersalin Normal

Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang. Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.. Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL. Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana, tinggi dan keras.

Bacaan Jaundis Menurun

Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil Vivix. Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice

Buasir Semakin Mengecut dan Tak Perlu Pembedahan

Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematriks, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh. Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada..nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50Kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8minggu berat saya 55Kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63Kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13kg.

VITAMIN KECUTKAN BUASIR

Untuk masalah buasir, tak kira lah lelaki ke perempuan boleh ambil

  • Omega Guard –> anti keradangan, membantu untuk elakkan bengkak berlarutan
  • Ostematrix –> melembutkan najis dan membantu kurangkan sembelit
  • Garlic Complex –> bersifat sebagai antibiotik semulajadi untuk mengelakkan jangkitan akibat luka buasir

VITAMIN UNTUK IBU BERPANTANG

  • ESP –> Mempercepatkan penyembuhan luka, memberi tenaga dan bantu pekatkan susu badan
  • Vitamin C –> Juga membantu cepatkan luka sembuh, kuatkan sistem imun
  • Bcomplex –> bersifat anti stress dan memberi tenaga kepada badan
  • Lecithin –> untuk melancarkan pengaliran susu, elak bengkak susu
  • VIVIX–> luka cepat baik, badan bertenaga dan baikpulih sel

Jadi bagaimana nak dapatkan vitamin Shaklee untuk masalah sembelit dan buasir ketika hamil?

Nak buat pembelian, ada 2 cara

1. Boleh terus buat pembelian  di SINI 
2. Pembelian lebih jimat dengan menjadi ahli Shaklee. [cara daftar ahli shaklee dan dapat ahli percuma ] Hubungi Kak Yana untuk penjelasan lanjut mengenaiVitamin ini untuk membantu anda rasai kesihatan yang lebih baik. Untuk customer yang buat pembelian dengan Kak Yana, dapatkan FREE CONSULTATION mengenai cara pemakanan yang betul. InsyaaAllah bantu sebaik mungkin untuk customer dapat manfaat kesihatan secara optimum.

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
Setiap pembelian dengan Kak Yana layak menerima
  • Konsultasi Percuma Secara Berterusan
  • Jadual pengambilan vitamin yang berkesan
  • Tips Kesihatan Exclusive

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge